Selamat tinggal Highway Silk. Start harini aku curang dengan kau. Kadar tol yang naik 80 sen betul² membebankan poket aku yang tak berapa nak lebat nih. Kos sara hidup yang kalau tak di urus betul² boleh membuatkan gaji sebulan pon belum tentu cukup. Janji manismu betul khenn.
[GALAK GUNA PENGANGKUTAN AWAM] katanya. Macam tak releven jer statement nih kan. Pak menteri sekalian pernah tak naik kenderaan awam? Tak kot. Naik kereta ada driver. Pergi kerja ber escot...'ke tepi...ke tepi. Sila beri laluan. VVIP nak lalu'. Senang² jer tak payah redah jalan yang sesak kan. Suma nak kena rakyat yang mulakan. Kenapa bukan pak menteri yang mulakan dulu naik kenderaan awam?
Lepas tu kan, ingat suma tempat ada laluan untuk bas masuk kat kawasan perumahan ker? Lepas tu bas boleh terus hantar sampai kat tempat kerja? Kalau lah ada, aku pon nak naik kenderaan awam. Tak payah hadap jalan sesak lagi sebab ada driver yang bawak.
Ayat standard pak menteri. Bercakap memang senang kan pak menteri sekalian. Ingat suka suki aku nak ikut tol? Ikut tol sebab nak cepat sampai office. ikut tol sebab ada laluan kontra. Sebab tol naik aku kena ikut jalan yang agak sesak dan sibuk.
Dilema balik kerja pulak. Kalau aku tak ikut tol, macam biasa kena guna jalan sibuk dan sesak. Pukul berapa nak sampai nursery/tadika? Tau tak kalau lewat amik anak kat nursery/tadika kena charge overtime?? Duit habis bayar overtime jer lah kalau macam nih.
Note: Sekadar luahan perasaan pengguna tol tegar. Tapi skang tidak lagi. Kalau terdesak sangat baru boleh masuk tol kot.
Tinggal beberapa jam jer lagi kita akan memasuki fasa baru. Fasa di mana tahun baru islam akan membuka tirainya yang baru. Dan usia kita pon memasuki usia yang baru. Bulan Muharram, bulan pertama dalam kalender Islam yang hadir saban tahun disambut oleh umat Islam sebagai tanda kecintaan kita terhadap Islam. Selamat Tahun Baru Hijrah. Selamat tinggal 1436 Hijrah dan selamat datang 1437 Hijrah. Masih mengekalkan tema 'PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA'
Jangan lupa lepas maghrib nanti baca doa awal tahun dan banyakkan berselawat sampai masuk Isyak nanti.
Salam Maal Hijrah buat semua umat islam diseluruh dunia. Smoga tahun baru ni, kita sama² berhijrah untuk membentuk keperibadian yang lebih sempurna. Dapat memperbaiki diri kita daripada baik kepada yang lebih baik. Dan semoga kita semua sentiasa di bawah Lindungan dan RahmatNYA...di ampuni segala dosa² kita yang lalu. Semoga di kuatkan iman kita untuk menempuh hari² yang mendatang yang penuh dengan cabaran.
Note: Di akui...masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Jom kita audit diri kita.
Apa??? Bubur nasi boleh masak dalam masa 15 minit jer? Yurpppp...Semua masakan jadi cepat dan mudah dengan bantuan Noxxa Pressure Cooker. Masa [TAK SIHAT] haritu, tekak pon rasa teringin nak makan bubur berlauk. Kalau nak makan kat kedai, dah berapa lah harganya kan. Memandangkan tak pernah masak bubur nasi dalam NPC lagi, moh ler kita ber ekperimen dalam NPC dengan try masak bubur nasi.
Maka ini lah hasilnya...Bubur nasi berlauk 15 minit. Menu lunch merangkap ker dinner untuk orang yang tak sihat haritu. Gigih pepagi gi kedai cari bahan² lepas hantar anak² gi skolah. Dalam tak sihat tu pon kerja surirumah tetap berjalan khenn. Selera besar mengalahkan orang yang tak sihat.
BUBUR NASI yang lawannya dengan TELUR MASIN, IKAN BILIS GORENG BAWANG DENGAN CILI API, KANGKUNG MASAK TAUCU dan EGG TOFU. Gigih lah aku memasak suma lauk pauk nih. Berselera betul makan sebab dah lama tak makan bubur berlauk macam nih. 2 kali lah masak bubur sebab anak² pon suka.
Senang jer nak masak bubur nasi dalam NPC nih. 1 CAWAN BERAS YANG DIBASUH. TAMBAH 6 CAWAN AIR. SET KAN MODE HIGH PRESSURE 15 MINIT DAN TEKAN MODE ON. Dah cukup masa, PUSING PENUTUP NPC KER TITIK STEAM UNTUK RELEASE KAN WAP. Senang dan cepat kan.
Sekian resepi NPC untuk harini. Tunggu resepi yang seterusnya plak yerp.
* Kalau nak masak bubur lebih dari 1 cawan beras, double kan lah sukatan air tu.
Note: Tengok bubur berlauk ni rasa maca nak buat bubur lah malam ni ☺☺