Selamat tinggal Highway Silk. Start harini aku curang dengan kau. Kadar tol yang naik 80 sen betul² membebankan poket aku yang tak berapa nak lebat nih. Kos sara hidup yang kalau tak di urus betul² boleh membuatkan gaji sebulan pon belum tentu cukup. Janji manismu betul khenn.
[GALAK GUNA PENGANGKUTAN AWAM] katanya. Macam tak releven jer statement nih kan. Pak menteri sekalian pernah tak naik kenderaan awam? Tak kot. Naik kereta ada driver. Pergi kerja ber escot...'ke tepi...ke tepi. Sila beri laluan. VVIP nak lalu'. Senang² jer tak payah redah jalan yang sesak kan. Suma nak kena rakyat yang mulakan. Kenapa bukan pak menteri yang mulakan dulu naik kenderaan awam?
Lepas tu kan, ingat suma tempat ada laluan untuk bas masuk kat kawasan perumahan ker? Lepas tu bas boleh terus hantar sampai kat tempat kerja? Kalau lah ada, aku pon nak naik kenderaan awam. Tak payah hadap jalan sesak lagi sebab ada driver yang bawak.
Ayat standard pak menteri. Bercakap memang senang kan pak menteri sekalian. Ingat suka suki aku nak ikut tol? Ikut tol sebab nak cepat sampai office. ikut tol sebab ada laluan kontra. Sebab tol naik aku kena ikut jalan yang agak sesak dan sibuk.
Dilema balik kerja pulak. Kalau aku tak ikut tol, macam biasa kena guna jalan sibuk dan sesak. Pukul berapa nak sampai nursery/tadika? Tau tak kalau lewat amik anak kat nursery/tadika kena charge overtime?? Duit habis bayar overtime jer lah kalau macam nih.
Note: Sekadar luahan perasaan pengguna tol tegar. Tapi skang tidak lagi. Kalau terdesak sangat baru boleh masuk tol kot.