Dinoscovery by Dinosaurs Live! @ Avenue K | Menerokai Dunia Dinasour!!!
Motherhood Tuesday, September 08, 2015
Bila sebut jer dinosaur, semua dah dapat membayangkan saiznya. Dinosaur merupakan haiwan reptilia yang mendiami bumi hampir 230 juta tahun dahulu, yakni pada zaman Mesozoik yang merupakan "Zaman Dinosaur". Dinosaur juga terdapat dalam pelbagai jenis dan saiz. Nak menerokai dunia dinosaur dengan lebih dekat? Jom datang ke Dinoscovery by Dinosaurs Live! @ Avenue K.
Dinoscovery by Dinosaurs Live! merupakan pameran edutainment yang disokong oleh Malaysia Major Events di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Pameran pendidikan dan pengembaraan yang berkeluasan 13000 kaki persegi kini dibuka di Discoveria yang terletak di Avenue K, Jalan Ampang. Pengunjung akan disambut dengan animatronics dinosaur yang bergerak dan mengaum di tengah² dedaun hijau.
Baru² ni saya dan keluarga berpeluang berkunjung ke Dinoscovery by Dinosaur Live ni untuk merasai pengalaman kembali ke zaman Dinosaur gittew. Sebelum pengembaraan bermula, kami diberikan Vest sorang satu, 1 torchlight dan juga 1 wristband atau lebih dkenali sebagai Radio Frequency Identification (RFID). Erkkkk...kenapa torchlight dengan wristband tu ada 1 jer? Haaaa...sebab torchlight dengan wristband tu hanya untuk Leader sahaja. So, leader kami pada hari tu adalah:
Leader yang mengetuai pengembaraan. Dah siap suma, ada sesi amik gambar pulak. Family photoshoot gittew kan. Memula kena buat aksi biasa. Pastu kena buat gaya bebas.
Guung berapi dah meletus pon masih relaks bergambar...ahaksss,,,,
Dinosaur tu. Kenapa tak lari....hahaha....
Cantik hasilnya kan.
Dah amik gambar, kami diberi briefing dan juga melihat tayangan video mengenai tugasan yang perlu di buat. Dino Quest Map diberi sorang satu. Maka pengembaraan pon bermula. Anak² dah cuak dah bila dengar bunyi dinosaur dari luar. Masuk jer kat dalam, qahirah dah start nangis. Si kimi plak dah menggelabah. Nak keluar plak dia. Si Qhalif gak relaks. Tapi nampak gak muka takut. Lepas di tenteramkan, baru lah ok bebudak tu. Cuma qahirah nak kena berdukung sebab takut,...ppfftttt...
Ok, untuk Dino Quest Map tu, tugasannya adalah anda perlu lekatkan sticker yang di beri di tempat yang betul seperti didalam peta macam nih:
Stepnya, ada beberapa touch screen yang terletak disebelah dinasour. Leader perlu touch wristband yang diberi pada screen. Paparan mengenai dinosaur dan sticker akan terpapar. Dan sticker tu harus di lekatkan pada gambar dinosaur tadi. Untuk mendapat sijil, anda harus selesaikan tugasan dan soalan yang diberi dengan betul.
Happy budak tu dapat menunggang dinosaur yang besar nih. Boleh plak dia cakap kalau dapat naik dinosaur yang betul² lagi best...pergghhhh...statement dia. Kalau jumpa yang betul² memang tak sempat lari lah kimi.
Ada juga beberapa aktiviti kat dalam ni. Antaranya:
Sumber: Discoveria
Wall Climbing untuk melihat sarang burung prassejarah ni. Race a Theropod...lumba lari dengan dinosaur. Memang kalahlah..hehehe...Memakai ekor gergasi Ankylosaurus. Belajar bagaimana Ankylosaurus digunakan ekornya untuk mempertahankan dirinya. Dinoshooting Range diamana anda diberi senapang paintball untuk menembak nyamuk yang menyerang Diplodocus yang sedang tidur. Menggali fossil yang tersembunyi disebalik pasir. Dan banyak lagi aktiviti² lain.
Selesai tugasan, kita main warna² pulak. Saya tak amik banyak sangat gambar sebab staff Dinoscovery tu kata tak boleh amik gambar kat dalam tu. Jadinya....saya yang mengikut arahan.
Sumber: Discoveria
Kat dalam ni terdapat juga cafe dan juga kedai souvenir. Sediakan duit jer lah kalau anak² minta belikan macam² yerp. Ok...sambil anak² mewarna, kita semak balik Dino Quest Map tadi. Semak balik jawapan². Betul ker tak. Kalau rasa² dah betul, kita serahkan Dino Quest Map tadi ke kaunter cenderahati untuk mereka semak jawapan.
Yeayyyy....mission accomplished dan dapat sijil. Tapi nama kena tulis sendiri lah. Tu tulisan si abah. Nanti boleh frame sijil² nih.
Junior Expert Paleontologist of the day. Overall memang best dan puas hati lah. Banyak belajar pasal dinosaur. Anak² lah yang paling happy even memula takut nak masuk. Kalau tak tau nak buat aktiviti apa dengan anak² atau tak der idea nak bawak dorang jalan², boleh bawak gi Dinoscovery ni.
Harga tiket plak:
Dewasa (With MyKad) RM25.00
Kanak² (With MyKad) RM35.00
Warga Emas (60 ke atas) RM19.00
Address:
Discoveria, Level 4
Avenue K, Jalan Ampang
Kuala Lumpur
(Berhadapan dengan Suria KLCC)
Untuk maklumat lanjut, boleh layari:
Website: discoveria.com.my
Kerinduan dari seorang anak yang dah 10 tahun kehilangan kasih sayang seorang ayah. Rindu yang tak pernah padam. Rindu nak panggil ayah. Rindu dengan suara ayah. Rindu dengan keletah ayah, Rindu nak menatap wajah ayah. Rindu semuanyalah.
Arwah ayah meninggal tahun 2005. Seingat aku antara bulan march atau may *uratbykputussampailupatarikh. Puncanya sebab hernia. Tapi sebelum arwah masuk spital, arwah ada citer. Pagi lepas balik dari solat subuh, dia ada nampak sekor burung. Burung warna putih. Cantik sangat. Punya ralit tengok burung sampai terjatuh. Beberapa hari lepas tu baru masuk spital.
Lepas operate hernia, terus masuk ICU. Ya! allah...sedihnya waktu tu. Tengok wayar berselirat. Lama gak dok dalam tu. Ingatkan lepas operate terus elok. Sekali terus masuk ICU. Sampai leher kena tebuk sebab tak boleh nak bernafas sendiri.
Lepas masuk wad biasa, keadaan masih macam tu jugak. Lemah tapi sedar lah. Hari² kena buat fisio (sedut kahak sebab tube kat leher tu). Aku nak buat memang tak sanggup. Disebabkan baring terlalu lama, belakang badan ayah jadi luka. Ialah...faktor usia jugak kan. Kulit jadi sensitif. Bergilir² dengan adik tido spital.
Sampai lah satu hari. Aku baru sampai office pagi tu. Tetiba adik call. Ayah dah tak der. Rasa terhenti jap jantung. Adik jaga ayah kat spital. Doctor datang check arwah pagi tu. Katanya dah tak der.
Yang buat aku rasa terkilan. Arwah tak sempat nak tengok anak² dia bernikah. Tinggal beberapa bulan jer lagi masa tu aku ngan adik nak kawin. Sedih yang teramat sangat.
Ayah...orang rindu sangat dengan ayah. Muncul lah sekejap walau hanya dalam mimpi.
Note: Beruntungnya kalian yang masih punya ayah. Hargailah dan luangkan masa selagi ada.
Tu dia. Tajuk bukan main lagi. Mentang² lah dah pakai NPC. Asyik nak citer pasal NPC jer lah. Haaiipppp...ni nak menjawab pertanyaan dari seorang sahabat blog ni ha.
Sayang wei kalau beli NPC tapi tak pakai. Macam aku lah. Terperap dekat 5 bulan dalam kotak tu. Bila dah pakai baru rasa betapa hebatnya Noxxa Pressure Cooker ni tau. Didatangkan sekali dengan CD dan manual book macam mana nak guna. Tapi aku tak sempat nak nengok CD tu sebab CD dah dihilangkan...ppffttt...Tapi tengok kat youtube pon boleh.
Apa yang perlu dibuat bila pertama kali nak guna. Ikut instruction macam dalam gambar nih. Isi air dalam inner pot dalam 3/4 bahagian. Jangan lupa lap kering² luaran pot tu. Tekan mod high pressure selama 15 minit dan tekan on. Bila dah cukup masa, Pusingkan penutup atas tu ke titik steam. Selagi tak release kan wap memang penutup periuk NPC tak boleh dibuka yerp.
Kenapa nak kena buat macam? Haaaaa...tujuan dia adalah untuk membersihkan dalam inner pot dari chemical dari kilang. Tapi kan, aku tak buat pon macam ni sebab terlepas pandang. Terus masak jer dalam tu...huhuhu...
Ni panduan memasak jenis² makanan dalam NPC. Memang multifunction. Kalau femalas gak nak masak tak dapek den nak nolong.
Panduan lagi. Berguna sangat buat pengguna NPC baru macam aku ni. Buat Mira Adzlia, harap info ni dapat membantu. Nanti ajar mak pakai NPC tau ☺
Note: Bila pakai NPC ni kena try and error. Ada yang menjadi kejadiannya. Kena pandai² adjust. Tapi jangan frust kalau tak menjadi plak. Practice make perfect kan.