Amboiiii...siap ada part 2 lagi. Tengah rajin nak menulis ni khenn. Haritu tu Cerita RAYA kat umah sendiri ngan umah mak. Tapi harini nak cerita raya kat umah mertua plak. Sebelum solat jumaat tu kami dah bertolak. Ingatkan jalan tak sesak nak ke Rawang. Sekali dah start sesak kat MRR2 tu. Kat situ kalau tak sesak memang tak sah. Punca sesak sebab lori tersadai baru lepas accident. Haishhhhh....Pemandu² kat malaysia ni, tu pon jakun nak tengok tau.
Layan gambar dulu sebelum sambung cerita. Wefie anak beranak. Macam² memek muka dibuatnya. Sementara tetamu belum datang beraya ni. Kita curi² masa yang ada.
Ok...sambung. Sampai kat Kg Kenanga, Rawang ngam² time azan jumaat. Tengok² mak mertua tengah layan tetamu yang datang. Makanya...kita tolong lah apa yang patut kan. Mak masak rendang daging, nasi himpit dengan kuah kacang. Memang terbaik lah. Sedap sangat sehingga menjilat sudu. 2 kilo tu mak masak rendang dengan kuah kacang.
Tetamu plak memang tak putus² datang. Balik tetamu ni, tetamu lain pon sampai. Sumanya datang berjemaah beramai². Kat umah mak tu memang 1st raya dah ramai tetamu. Adik beradik, sepupu sepapat memang ramai. Meriah sangat.
Tetamu pon dah pulang. Mak pon tengah merehatkan diri kat dalam bilik tu. Orang pon tak der kat hall. Tinggal aku sorang jer. Anak² dah hilang kat umah sebelah. Moh ler kita selfie syiok sendiri. Sesungguhnya nikmat kurus tu hanya sementara. Hanya sempat merasa sampai hari raya pertama jer. Masuk hari seterusnya.....Dah mula menampakkan double chin. Jarum penimbang tak bagi kerjasama bila menunjukkan angka yang menaik bukan menurun yerp.
Motif??? Kenangan kurus di Hari Raya pertama gittew. Lepas ni memang mengembang setaman. Tahun depan baru bley kurus balik...erkkkk...Tapi kan, bley plak terlupa nak bergambar raya dan berselfie dengan mak mertua. Apa punya menantu lah kan. Lepak umah mak mertua sampai raya ketiga. Pagi raya ketiga tu dah balik bangi. Oh! my Home Sweet Home.
Malam tu plak, balik umah mak/pak mertua kat gombak plak. Erkkk...berapa bannyak mertua daaa...Tu nanti kita story mory morning glory lah yerp. Sambung next entry lagi lah nampak nya yerp. Dah panjang jugak ni ☺
Note: Minggu ni last raya. Kejap jer kan.