Makin nak raya makin sesak dibuatnya. Jalan raya sesak. Shopping mall sesak. Kedai bakery pon sesak jugak...ppffttt...Ingatkan bila gi kedai bakery dah hujung² nak raya ni tak der lah sesak sangat. Sekali ramalanku salah belaka. Sesak wei.
Tu lah...awal² tak nak buat kuih. Bila dah nak raya baru nak buat khenn. Biasalah...preparation last minute memang syiok...ppffttt...Nak buat kuih pon ikut mood gak. Mood rajin tak datang lagi. Baru ni ha mood dah naik. Nak masuk Bangi pon dah sesak. Inikan pulak kat area situ, memang sesak.
Sebelum kluar smalam ajak husband gi singgah Yummie Bakery jap. Tak lama pon. Tapi bila masuk jer kedai...perghhhhh...orang dah beratur panjang nak membayar. Yang nak membeli barang pon ramai jugak. Berlaga² punggung dibuatnya. Capai mana yang sempat. Tak sanggup lah haku dok dalam tu. Nak bayar pon amik masa.
Tak puas hati, gi kedai Makcik Bakery plak. Ok sket lah. Tak sesak macam kat Yummie. Beratur pon tak panjang dan tak lama. Total beli barang² smalam pon boleh tahan jugak wei. Malam ni nak start baking. Si kimi dah sibuk tanya bila ibu nak buat kuih raya. Nak tolong katanya.
Note: Esok last day kerja.