Wahwahwah...Nak hash tag jer tajuk tu...hehehe...Lambat bersiaran harini. Otak beku jap. Tak tau nak citer apa. Tapi ada plak citer nya ni.
Ok...Berbalik kepada tajuk asal. Malam tadi buat Ikan Masak Taucu nih. Atas permintaan my Tall, Dark and handsome husband *bluekkk...hahaha...Masa tu dah pukul 8.00 malam. En. somi call soh masak masakan feveret dia nih. Ikan plak masih kat tempat sejuk beku. Ikut kan hati nak masak simple² jer. Tapi bila ada permintaan, haruslah si isteri tunaikan. Penat macam mana pon, isi perut suami perlu diutamakan. Ingat tu...ngeeeee...
Apa lagi...sepantas kilat buat kerja. Kita kan ada kuasa SUPERMOM. Nasib ikan dah siap siang. Cuma perlu basuh jer. Bawang blender plak dah habis. Sementara tunggu ikan mencair, kita buat stok bawang merah. Senang nak masak nanti. Sambil tu masak nasi.
Tu lah. PC Noxxa ada tak reti² lagi nak pakai. Ko tunggu yer noxxa. Tunggu aku lenjan ko nanti. Dah siap basuh bagai ikan, tiba masa untuk masak. Sebelah goreng ikan, sebelah lagi buat kuah taucu. Simple jer nak masak. Main campak² jer. Nak resipi ker? Ni versi aku lah.
BAHAN²
- Ikan (Suka hati nak pakai ikan apa)
- Bawang merah (potong bulat)
- Halia
- Cili Hijau
- Tomato (tak letak pon tak per)
- Taucu
- Air Asam Jawa
- Gula
CARA²
- Goreng lah ikan dulu. Nak kena bagitau jugak ker..haha..
- Tumis bawang merah dengan halia
- Dah garing masuk air asam jawa
- Letak taucu. Terpulang nah letak banyak mana. Agak² lah sebab taucu ni masin
- Letak gula sket. Bagi ada rasa masam, masin dan manis
- Letak ikan, cili hijau dan juga bawang hiris
- Biar kejap. Dah siap.
Aku kalau buat memang suka letak taucu banyak. Sebab sedap. Kalau style mak aku plak, dia siap tumbuk taucu tu. Tapi aku tak rajin macam mak. Tapi apsal mak buat lagi sedap dari aku buat erk. Memang tak boleh challenge lah dengan masakan mak.
Sedap wei makan dengan nasi panas². Pastu hirup plak kuah taucu tu...Perghhhhh...Malam ni tak payah masak dah sebab buat banyak malam tadi. Feveret kami anak beranak nih.
Note: Have a great weekend uolls. Esok sukan anak lagi. Dah 3 minggu berturut² sukan.
Rasa macam nak menambah anak jer. Kalau boleh nak anak perempuan. Tapi tak tau bila....hahahaha...sebab yang ada ni dua lelaki dan sorang perempuan. Cantik jer susunannya. Orang cakap selang bunga...Lelaki, Perempuan pastu Lelaki. Bukan apa, kesian kat anak dara aku ni. Kalau main ngan adik beradik asyik terpinggir jer. Iyerlah...dia sorang jer pompuan. Cer tengok nih:
Terpinggir...Kesian kan. Aku perati jer dorang ni. Si Abang Kimi ngan Adik Qhalif main bola. Alaaaaa...bola kertas yang macam dalam citer upin ipin main tu. Qahirah nak main sekali. Tapi tak dibaginya. Katanya ni mainan untuk budak lelaki. Budak pompuan tak boleh main. Bukan main lagi ko kan abang. Cer kalau si qhalif tak layan, dengan qahirah gak diajak main.
Kekadang elok jer main. Tapi tu lah, bila budak laki main ngan budak pompuan asyik nak bergaduh jer kerjanya. Memula jer ok main. Tak lama lepas tu dah terjerit². Dah jadi berpuak² plak...'adik, jangan main dengan kakak tu'. Si kakak plak...'adik...jangan main dengan abang'. Tersepit adik ko tak tau nak main dengan sapa. Tu yang mak ko ni kekadang bertukar jadi Godzilla. Dah bosan kita jadi tarzan, tak pon jadi incredible hulk...hahaha...Dah main terjerit² nangis². Mana tahan tinga mak ko ni dengar.
Tak per lah kakak. Ada rezeki nanti ibu bagi awak kawan tau....erkkkkk....ekekeke...Tapi kakak doakan lah yang ibu dapat bagi kawan yang sama jantina dengan kakak...ekekeke...Merapu dah ni wei. Ok lah...Sekadar berkongsi kisah anak² yang never ending story. Tu belum lagi layan soalan cepuk cemas dorang.
Note: Umur pon dah makin meningkat. Sedang elok kalau nak menambah,,,hehehe...
Chinch Mix Shake | Menghilangkan Lemak dan Memelihara Otot
Cinch Shake Mix Wednesday, April 22, 2015
Apa keistimewaan Chinch Mix Shake shaklee ni? Kan dah jelas kat tajuk tu. Nak lebih jelas lagi, meh baca nih. Bukan jer hilangkan lemak, tapi otot terpelihara dari jadi meggeleber dalam proses mengurangkan berat badan.
- Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protein ekslusif yang diperkaya dengan asid amino leusina
- Diperkaya dengan Leucine ntuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan
- Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang
- Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
- Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekal tenaga
- Memberi 35% atau lebih Nilai Harian ( Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
- Tiada perisa, pewarnaatau pemanis buatan (soya bukan GMO)
Ciri paling unik dan istimewa yang ada pada Chinch Mix Shake ni adalah LAUCINE. Apa tu?
LEUCINE IAITU ASID AMINO YANG MEMBERI SIGNAL KEPADA BADAN UNTUK MEMELIHARA OTOT SEMASA PENGURANGAN BERAT BADAN. Dalam kata lain, LEUCINE DALAM CINCH SHAKE MEMBANTU ANDA MENGHILANGKAN LEMAK TETAPI TETAP MEMELIHARA OTOT ANDA. Menarik kan.
Kenapa kita perlu perlukan otot dalam usaha nak turunkan berat badan? Ok...Antara sebabnya:
- Untuk elak badan menggeleber
- Untuk pastikan badan kita kekal fit walaupon berat badan dah turun
Jelaskan jawapannya, Tapi point yang paling penting ialah, BILA KITA BERDIET CARA BIASA TANPA CINCH, KITA HILANG LEMAK DAN OTOT. BILA KITA KEHILANGAN OTOT, KITA SEBENARNYA HILANG KEUPAYAAN UNTUK BAKAR LEMAK SEKALIGUS MERENDAHKAN KADAR METABOLISME. Rumusannya adalah OTOT = METABOLISME.
Setiap hidangan Cinch kaya dengan 24 gram protein. Protein penting kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan. Ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan.
Siapa yang perlu minum Cinch Shake?
- Lelaki dan perempuan yang berumur 12 tahun ke atas yang mempunyai masalah menurunkan berat badan
- Mereka yang inginkan indeks BMI yang ideal
- Cinch Shake juga boleh diambil oleh pesakit diabetes kerana indek glisemik nya adalah rendah bagi mengekalkan paras gula dalam darah.
Antara testimoni pengguna Chinch Shake Mix
Cara Minum
Untuk mendapatkan berat badan yang ideal, bancuh 2 sudu dengan segelas air suam. Boleh juga dibancuh dengan fresh milk atau soya. Diambil untuk menggantikan makanan sama ada pagi, tengahari atau pon malam. Pastikan anda minum Cinch Shake Mix ini sebelum mengambil makanan berat kerana apabila perut kenyang dengan Cinch Shake Mix, secara automatik anda akan mengurangkan makanan berat. Sekaligus membantu dalam proses penurunan berat badan.
Tetapi AWAS...Untuk yang ada penyakit Buah Pinggang memang kita tak suggest. Sebab tu pentingnya consultancy sebelum membeli.
Note: Saya Fiza Abd Rahman ID 970025 adalah pengedar Shaklee berdaftar di kawasan Bangi, Kajang dan Cyberjaya. Saya bersedia memberikan konsultasi terbaik dari aspek kesihatan dan kecantikan kepada anda. Boleh hubungi saya jika berminat dengan produk Shaklee dan juga berminat untuk menambah pendapatan sampingan bersama Shaklee ☺