Dah beberapa kali aku nampak situasi macam ni. Relax jer pompuan ni drive sambil pangku anak. Dan yang terbaru pagi nih. Si isteri memangku anak manakala si suami yang sedang memandu pon memangku anak jugak. Umur dalam lingkungan 2-3 tahun macam tu. Tak tau lah nak cakap apa dengan orang² macam ni. Orang² yang pangku anak sambil memandu. Kan ker bahaya tu?
Iyer....cakap memang senang sebab tak kena dengan batang hidung sendiri. Anak melalak² tak nak di letak dalam car seat. Nak memandu pon tak tenteram. Ok...fine. Mana lagi bagus? Anak menagis sekarang ker atau kita yang menangis kemudian??? Even ko kata ko bawa keta slow sambil pangku anak sekali pon, itu boleh menjamin keselamatan si ibu dan anak ker? Kecelakaan datang dari pelbagai sudut. Kekadang kita drive dengan berhati² pon accident tetap jugak terjadi. Biar dia nangis sekarang, jangan kita yang menangis meraung kemudian.
Tak tenteram dengar anak menangis² melalak² dalam kereta. Ok...kalau perjalanan dekat, boleh kan berhenti kereta kejap kat tepi jalan. Pujuk² si anak dulu. Bagi susu. Tenteram kan dia. Pasang lagu² yang anak minat. Pasang CD mengaji ker. Bagi toys yang dia minat. Atau bagi favorite food yang anak suka. Kalau nangis jugak, kena hati kering lah. Kalau perjalanan jauh, si ibu mungkin boleh duduk kat seat belakang dengan anak.
Bagi aku, kalau nak ajar anak duduk dalam car seat kita kena educate dorang dari awal. Start dari dorang baby lagi. Jangan dah besar baru nak ajar. Memang mencabar sket lah. Memang dorang akan nangis. Biarkan ker. Lama² nanti ok lah tu bila kita buat tak tau jer dan dorang akan faham kenapa kena duduk dalam car seat. Kita as parents pon kena tegas jugak.
Sama² lah kita beringat. Tolong lah wahai PARENTS² di luar sana...Tolong jangan memandu sambil pegang/pangku anak. Utamakan keselamatan. Sayangilah nyawa anak, nyawa orang yang tersayang dan juga nyawa sendiri. Jangan menyesal kemudian hari.
Sama² lah kita beringat. Tolong lah wahai PARENTS² di luar sana...Tolong jangan memandu sambil pegang/pangku anak. Utamakan keselamatan. Sayangilah nyawa anak, nyawa orang yang tersayang dan juga nyawa sendiri. Jangan menyesal kemudian hari.
Note: Lebih peringatan buat diri sendiri juga. Car seat memang ada dalam keta tu. Tapi satu jer lah. Keta kecik tak muat nak letak 3 dlm tu.