Dah lama tak cuai macam ni. Last cuai tahun lepas bila LESEN KETA DAH EXPIRED SETAHUN. Masa nak renew baru perasan. Cuai tak hingat ko kan. Pastu petang semalam, kecuaian aku kembali lagi. Ntah apa yang aku fikirkan sampai cuai macam ni. Kisahnya...
Petang semalam lepas amik anak² singgahlah kedai. Ikut kata hati memang malas. Faham² lah dengan 3 askar² tu kan. Boleh meroyan dibuatnya. Tapi memikirkan lauk basah dah habis, nak tak nak terpaksa singgah jugak kedai. Bila dah sampai kedai, rambang mata plak tak tau nak beli apa. Penyakit yang biasa datang kalau beli barang basah...hahaha...Padahal dalam keta tadi dah fikir nak beli apa. Sampai kedai terus lupa...cissss...
Dah beli² barang suma masa nak bayar baru perasan yang kunci keta tak der kat tangan. Seluk poket sluar pon nan hado kuncinya. Pergi lah cari kat tempat sayur. Kot² terletak dalam tu. Tak der. Pastu gi tengok kat kotak ikan sebab tadi amik ikan. Mana tau terjatuh dalam tu ker kan. Pon tak der gak. Ok....dah cuak. Tak per...bayar dulu pastu baru cari kunci. Soh jugak kimi cari. Sekali dia cakap "ADA DALAM KETA KOT KUNCI TU".
Cepat² gi kat keta. Sekali.....hamik ko. Elok kunci keta tergantung kat situ. Dengan enjin, air-cond and radio masih terbukak. Pastu pintu keta sebelah penumpang tak tutup rapat sebab nampak lambang pintu tu menyala. Ya! allah...aku keluar keta terus masuk kedai wei. Dekat 20 minit jugak aku dalam kedai. Memang darah naik kepala bila nengok keta macam tu. Boleh mengundang pencuri jugak.
Masuk ni dah 3 kali aku lupa amik kunci dari keta. Boleh baca kat [SINI] dan [SINI]. Tapi kali ni lagi teruk sebab package enjin, air-cond ngan radio yang masih terbuka...ppffttt...Peringatan buat diri sendiri I'M NOT CARELESS. I JUST CARE...LESS...hahahaha...SILA JANGAN CUAI LAGI.
Note: Pitam kalau gi kedai ngan anak². Semua nya dia nak.