Dah beberapa bulan Mr. Black ni tak berbasuh. Berhabuk, kusam dan kotor jangan cakaplah. Tahan orang yang memandu ni dengan kereta yang comot khenn...hahaha...Kekangan masa sangat membataskan *alasan. Kalau lah Mr. Black ni boeh bercakap. Mesti dia minta dimandikan, Dah lah kerja kat kawasan site. Parking plak kat tempat panas. Sian Mr. Black ni. Sampai kan tinted tu pon dah menggelembung dan dah mula tercabut. Nampak sangat kepanasan yang melampau. Tu baru kepanasan kat dunia, kat SANA nanti? Sama² muhasabah dir. Erkkkkk...panjang plak melalut #ibutigaanak ni.
Ok...cuti CNY haritu. Iman Hakimi kita export balik kampung. Alaaaaa...kat gombak tu jewr. Sibuk nak duduk ngan maksu kesayangan dia tu. Pagi Khamis hantar, pagi Jumaat dah balik ke rumahku syurgaku. Maka tinggal lah si anak dara qahirah dengan si bongsu Iman Qhalif. Sian kat anak² sebab memerap jer kat umah. Jadinya petang jumaat tu meronda-ronda kat Bangi Gateaway. Sabtu plak bos besar kerja. Erkkkk...apa kau merepek lagi ni...hahaha...
Sabtu tu bawak lah anak soleh ngan solehah tu kluar rumah. Gi basuh keta jer pon. Janji keluar jugak dari umah kan. Sebab mata dah sakit tengok keta tu. Dan sebab ada masa. Tu yang gi basuh. Pergi kat tempat biasa aku cuci kereta. Nasib tak banyak kereta yang nak dibasuh.
Dah nama pon dah lama tak pergi basuh keta kan. Nampak tempat ni dah upgrade. Tapi benda pertama yang aku nampak. HARGA DAH NAIK. Dari RM10 naik RM3 bersamaan dengan RM13. Banyak jugak tu. Aku kan rakyat marhaen. Suma benda kalau boleh nak cari lagi murah.
Tapi kenaikan dorang bersesuaian dengan tempat yang dorang dah upgrade. Ada ruang menunggu yang ber air-cond. Siap ada wifi percuma lagi tu. Tak payah minta password sebab dah siap tampal. Jimat sket quota HP aku...hahaha...Keselesaan pengguna diutamakan gittew. Macam ni baru pelanggan tak lari. Tapi tu lah...rasa macam kejap plak dia basuh Mr. Black nih. Tak berapa nak bersih sangat dia vacuum dalam tu. Ker aku yang cerewet???
Macam biasa, lepas keta dah bersih, pesanan penaja itu harus di lontarkan pada anak soleh dan solehah. Sila baca dialog #ibutigaanak denagn anak daranya yang mulut bley tahan macam murai:
IBU: Bukak kasut. Tak nak pijak kusyen tu qhalif. Qahirah...jangan makan dalam kereta. Kereta dah bersih...dah cantik. Ibu dah basuh kereta ni. Tak nak sepah² lagi.
QAHIRAH: Alaaaa...bukan ibu yang basuh. Orang lain yang basuh
IBU: krikkk...krikkk...krikkkk...*bijak...bijakk.
Terkena aku. betul jugak apa yang dia cakap kan. Ibu cuma hantar kereta untuk dibasuh. Tapi orang lain yang basuh. Dengan budak macam ni, kalau nak bercakap kena betul² susun ayat. Kalau tak macam ni lah. Kita balik yang kena...ppffttt...
Note: Kalau nak jimat, better basuh sendiri kan. Macam aku ni setakat basuh kiri, kanan, depan dan belakang tu bolehlah. Tapi yang belah atas tu? Tak cukup ketinggian nak membasuh. Jadinya...suruh orang basuh jer lah.