Ada orang ke ni? Ker ramai yang dah start cuti. Biasalah...cuti panjang kan. Orang sambut CNY, kita pon nak sambut jugak dengan amik cuti berderet....hahaha...Blog pon macam dah sunyi jer nih. Jalan pon dah mula lengang start dari isnin haritu. Harini lagi lah lengang. Best betul drive minggu ni. Smooth jer. Keluar lewat pon sampai awal. Tapi bertabah balik lah next week kan. Jalan start jammed pastu nak gi kerja pon rasa lemau sebab dah lama sangat cuti.
Bulan ni pon dapat gaji awal. Hazab lah ko nak tunggu gaji bulan depan. Nak selamat...kena asingkan siap² duit nursery, duit tadika dan duit belanja sendiri. Berbelanja pon kena berhemah jugak bulan ni. Tak boleh membeli memcadbury buta. Kena tahan nafsu wei. Baru dapat gaji dah tak sabar nak tunggu gaji bulan depan kan...ppffttt...
Note: Menadah telinga lah malam kang dengan bunyi mercu.