Pernah dengar produk ni tak? Rasanya ramai yang tak familiar lagi dengan produk ni termasuklah #makbanyakanak jugak. 1st time aku dengar nama ni. Rupa² nya produk ni datang nya dari negara seberang iaitu Indonesia. Mungkin agak baru dalam pasaran Malaysia. Dan terbaru, dah kluar iklan produk Citra Mulia ni dalam Mingguan Wanita.
Mesti uolls nak tau produk ni mendapat kelulusan ker tak? Nak bagi tau lah ni, tak perlu risau sebab semua produk dari Citra Mulia Kosmetik sudah mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Dan boleh digunakan tanpa was². Dan aku berpeluang untuk mencuba produk Citra Mulia Kosmetik ni. Dan hasilnya amatlah memuaskan hati. Memang serasi dengan kulit aku. Bak kata tagline...Citra Mulia Melindungi Kecantikan Anda Setiap Saat. Memang raca cantik sejak pakai Citra Mulia ni...hahaha...ok....Meh tengok produk² yang aku pakai nih.
Ada lotion MILANO ASHLEY GREEN TEA and ROSE TEA. THE FACE SUPREME WHITENING DAY and NIGHT GEL SERUM. Dan juga DR HERBAL WHITENING AB CREAM. Meh aku terangkan apa function dan cara² pemakaian produk² ni. Kita mulakan dengan:
THE FACE SUPREME DAY GEL WHITENING SERUM 50 ML
HARGA = RM69.90
Serum untuk menjadikan kulit cerah dan bersih seketika. Ia juga sebagai anti penuaan, menghilangkan kerut di wajah, serta melembabkan, melicinkan, dan memutihkan kulit. Dengan formula khusus yang cepat menghilangkan melasma, flek-flek hitam, dan memutihkan kulit wajah, kandungan vitamin B5 mengaktifkan sel-sel kulit yang baru juga berfungsi sebagai antioksidant untuk mencegah radikal bebas yang merosakkan kulit. Mencegah sel pigmen sehingga kulit lebih cerah, dengan tambahan pelembab aktif yang dapat menjana semula kulit sehingga terhindar dari keriput atau penuaan.
Ada day and night cream. Keterangannya sama macam THE FACE SUPREME DAY GEL WHITENING SERUM jugak. Fungsi pon sama. Cuma penggunaan jer lah yang berbeza sebab ada untuk pagi dan malam kan. Meh baca ni
- Mengurangkan bekas-bekas jerawat
- Memutihkan kulit wajah
- Menghilangkan flek hitam
- Mencerahkan warna kulit
- Meratakan warna kulit
- Mengecilkan liang wajah
- Menghaluskan dan mengenyalkan kulit
Cara penggunaan:
- Bersihkan muka anda.
- Sapukan sedikit serum dan leburkan dalam tapak anda
- Menyampaikan lapisan nipis serum cair di bahagian muka anda dan tekan, urut sehingga diserap sepenuhnya.
- Gunakan setiap hari waktu pagi dan malam, dan akan mendapat kesannya selapas penggunaan 7 hari.
Nampak tak barcode tu? Bukti yang KKM dah luluskan produk Citra Mulia. Memang best pakai THE FACE SUPREME DAY/NIGHT GEL WHITENING SERUM ni. Tak payah pakai banyak pon. Sekejap jer meresap masuk muka dan tak berminyak.
Dr HERBAL WHITENING AB CREAM 2 X 20G
HARGA = RM99.90
Memang rasa tak selesa, tak berseri dan rasa tak yakin bila kulit muka nampak kusam dan kering kan. Tapi Dr Herbal dapat membantu mengatasinya. Ianya produk yang diuat 100% dari bahan herbal untuk membantu menjaga kelembapan kulit dan berfungsi untuk mencerahkan warna kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit dan juga khusus untuk membaiki struktur kulit dan lapisan sel² yang rosak. Mengandungi kolagen yang dapat meremajakan semula wajah. Menarik kan.
Manfaat DR. HERBAL WHITENING AB CREAM
- Mencerahkan dan memutihkan wajah.
- Wajah kusam, gelap dan kekuningan kembali menjadi putih bersinar.
- Menghilangkan flek-flek, jerawat dan noda hitam
- Menghilangkan tompok yang disebabkan oleh sinaran uv
- Menjaga keanjalan kulit wajah
- Mengatasi liang besar dan bekas jerawat sehingga wajah kembali menjadi mulus dan halus
- Menghilangkan kedutan pada wajah.
- Menghaluskan dan memberi kelembapan semula jadi bagi wajah.
Cara pakai:
- Bersihkan wajah terlebih dahulu
- Sapukan THE FACE GEL SERUM.
- Ambil Krim secukupnya
- Sapukan krim A untuk pagi dan krim B untuk malam.
Comel jer botolnya. Siap ada sudu skali. Kalau jari tak muat nak colek, boleh lah pakai sudu yang disediakan tu..hehehe...Baunya agak sedikit kuat. Tapi nak pakai sikit jer pon. Cuma calit² jer kat muka tu. Kejap jer bau kuat tu. Pastu hilang dah. Bau tak penting. Yang penting hasilnya.
Pic fresh from oven. Hasil nak masuk 2 minggu pakai.
Combination THE FACE SUPREME DAY/NIGHT GEL WHITENING SERUM dan juga DR. HERBAL WHITENING AB CREAM memang terbaiklah. Memang hasilnya tak mengecewakan. Nak masuk 2 minggu pakai. Kulit muka jadi licin, lembut dan halus. Sehalus selembut kulit bayi ko. Serious wei. Sikit² usap kulit muka. Asyik mengusap jer lah sebab best bila rasa kulit tu licin. Memang tak rugi kalau uolls cuba.
MILANO ASHLEY LOTION 500 ML - GREEN TEA
MILANO ASHLEY LOTION 500 ML - ROSE TEA
HARGA = RM18.50
Dah nama pon lotion kan. Fungsi lotion tak lain tak bukan adalah untuk melembapkan kulit sepanjang hari dan juga menjadikan kulit anda berseri² secara semulajadi. Memang betul pon. Aku suka pakai MILANO ASHLEY LOTION ni sebab baunya sangat lah wangi. Tak payah pakai minyak wangi pon tak per sebab kewangiannya bertahan lama.
Lumur jer satu badan. Memang wangi semerbak. Kalo pakai pepagi sampai malam pon masih ada baunya lagi. Anak² pon suka pakai. Pagi² sebelum gi sekolah sibuk memasing nak pakai lotion MILANO ASHLEY ni. Antara Green Tea dengan Rose Tea ni, dua² wangi/ Tapi aku ngan anak² suka bau MILANO ASHLEY GREEN TEA. Smooth jer bau. En. suami plak suka MILANO ASHLEY ROSE TEA. Lain orang lain citarasanya kan. Kalau nak tau, silalah beli.
Kalau berminat nak tau dan nak mencuba produk CITRA MULIA KOSMETIK ni, Boleh layari:
Website: citramulia.com.my
Facebook: www.facebook.com/citramulia.my