Innalillahi wainna ilaihi raji'un. DariNYA kita datang, kepadaNYA juga kita dikembalikan. Aku ketinggalan berita pemergian Tuan Guru Nik Aziz. Pagi ni baru tau bila dengar radio. Speechless...automatic bergenang airmata.
Ya! allah...perginya beliau dimalam JUMAAT. Smoga kita redha dengan pemergian Tuan Guru dan semoga beliau di tempatkan di syurga firdausi. Begini rupanya perasaan sebak bila kehilangan MURABBI UMMAH.
'TIDAKLAH SEORANG MUSLIM MENINGGAL PADA HARI JUMAAT ATAU MALAM JUMAAT, MELAINKAN ALLAH AKAN MENJAGANYA DARI FITNAH (SIKSA) KUBUR' [HR AHMAD DAN TIRMIDZI]
Note: Pada tarikh yang sama 12 February, pendakwah dan penjuang islam Al-Imam Hasan Al-Banna meninggal dunia @ 12 February 1949. Al-fatihah.