Siapa food hunters? Kuat makan? Suka makan? Atau kaki makan? Mengaku jer. Tak payah malu² tutup muka...hehehe...Kalau tergolong dalam kalangan yang di sebut tu, minggu ni boleh terjah event Food Market nih:
Lokasi: Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi
Tarikh: 24 - 25 Januari 2015
Masa: 9.00 AM - 7.00 PM
Kenapa anda WAJIB sertai THE SOOQ: FOOD MARKET?
- Sooq bermaksud 'pasar' dalam bahasa Arab.
- The Sooq adalah event terbaik untuk anda mempromosi produk anda
- The Sooq adalah tempat untuk untuk merapatkan silaturahim antara keluaga dan rakan2 pada hujung minggu (picnic, jogging etc)
Antara aktiviti adalah:
- Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Bersama UPIN IPIN
- Forum, Hiburan Bersama Selebriti HELIZA HELMI
- Magic Show oleh Hafiz Wizard
- Solat Dhuha Berjemaah
- Memanah, Taman Arnab, Berkuda dan pelbagai lagi!
Amacammmmm...menarik kan. Bermacam² jenis makanan ada. Yang penting, HALALAN TOYYIBAN. Kalau uolls tak der apa² aktiviti weekend ni, jom terjah Taman Tasik Cempaka, Bangi nih. Kalau nak tau lebih lanjut pasal Food Market ni dan juga jenis² makanan atau vendors yang terlibat, boleh terjah IG @thesooq.malaysia
Note: Kena sediakan duit jer lah kalau nak datang event nih. Tapi dah gaji kan ☺