Setelah sebulan lebih bercuti. Di tambah pulak cuti tambahan lagi seminggu, dah tiba masanya untuk kembali ke pangkal jalan yer anak². Selamat Kembali Ke Sekolah.
Imam muda dan juga Ustajah pilihan. Posing dipagi hari sebelum kesekolah gittew. Aku percaya. semalam ramai parents yang amik cuti sebab nak hantar anak² gi sekolah kan. Especially anak² yang baru masuk darjah satu dan juga anak² yang baru masuk tadika. Termasuk lah #makbanyakanak ni ha,
Kimi sekolah Agama pagi. Petang sekolah Kebangsaan. Qahirah plak 1st day kat Tadika semalam. Even dah seminggu daycare kat PASTI. Tapi cuti tetap kena amik jugak, 1st day anak nak skolah kan. Sian plak.
Elok jer dok diam. Sengih². Tapi tak bergaul pon. Dah macam anti sosial plak. Ibu pon yakin jer qahirah mesti tak nangis. Tapi ramalanku tersasar. Tak lama lepas tu boleh plak dia menangis. Adoiiii...nasib jenis nangis yg tak menjerit². Pada hal sebelum tu dah hantar daycare seminggu. Hurrmmm...cikgu cakap mungkin masa daycare haritu tak ramai budak. Sekali bila datang pagi tu ramai plak khenn. Kejutan persekitaran gamaknya. Alhamdulillah pagi ni tak nangis dah. Senang hati ibu nak gi keja.
Minggu ni blh lah masuk lewat sket. Start next week kakak kena gi awal dari biasa. Pkul 7.20 am dah kena ada kat skolah. Sebab pagi² dah start perhimpunan, baca doa dan mengaji. Kalau lewat takut tertinggal nanti. Bak kata pengetua lah. Tu yang kalau boleh kena datang awal. Smoga kamu menjadi anak yang solehah.
Ni plak masa amik kimi kat skokah. Perhimpunan sebelum balik. Kena keluar ikut giliran. Rambang mata aku cari budak ni smalam. Sepesen jer memasing...hehehe...Last² jumpa gak. 1st day jer lah layanan 1st class sebab ibu hantar and amik dari Sekolah Agama dan Sekolah Kebangsaan. harini belajar² lah transit. Semoga dipermudahkan urusan kamu yer nak. Dah bermacam² pesanan ibu ko ni bagi. Harap serap dalam kepala.
Note: Agar risau sikit sebab kimi 1st time transit. Sebelum ni hari² abah dia amik. Bersiap suma kat umah. Kali ni kena bersiap² kat sekolah. Jangan hilang baju and kasut sudah lah even dah tulis nama.