Iyer...dah naik. Tapi naik RM20.00 jer lah. Bagi aku kira ok lagi lah kalau nak dibandingkan dengan tempat lain. Tempat lain banyak naiknya kot. Baru tau pon semalam masa nak bayar monthly fees. Tu lah...sapa soh tak datang open day registration kan. Start 2015 ni baru naik. Sepanjang 5 tahun aku hantar anak² gi nursery. Ini lah pertama kali yuran naik.
Tapi aku tak bantah kalau yuran naik pon. Berbaloi dengan harga yang dibayar. Sebab nursery ni dah upgrade facilities yang ada. Dah pasang CCTV dan juga Punch Card. Curlass ko anak². Kecik² dah kena punch card. Ibu dulu start kerja baru nak belajar punch card tau. Keselamatan anak² pon terjamin sebab dah ada CCTV kan. Dan yang paling penting, Nursery ni berdaftar dengan JKM.
Dari Iman Hakimi 3 tahun aku dah start hantar kat nursery nih. Sampai lah turn qahirah dan juga Iman Qhalif. Memang tak terfikir nak hantar tempat lain sebab owner nya bagus. Staff² pon best. Memang tak berkira sangat. Yang penting, yuran nursery masih dibawah RM300.00 even dah naik RM20.00. Kalau nursery lain tak dapat harga nih. Tapi kalau baby mahal sket lah. Standard rate dengan nursery² yang lain kot. Tapi masih dibawah RM400.00 sebulan.
Ingat tak pasal isu Kenaikan yuran taska dari Persatuan Pengusaha dan Pengasuh Taska Negeri Sembilan ni? Aku tengok harga tu pon pitam wei. Bagi aku yang berpendapatan rendah ni memang mahal nak mamps. Tapi ini ada kenyataan balas dari pihak JKM sendiri. Meh baca.
Tak nampak sangat kan. Dalam twitter tu pon tak jelas sangat. Tapi dengan rajinnya aku taip balik untuk pembacaan uolls yerp. Tapi isi² yang penting jer tau.
Akta taska hanya menjelaskan bahawa bidang kuasa JKM adalah meliputi hal² berkaitan pendaftaran, pembidalan pendaftaran, pemeriksaan dan penguatkuasaan untuk memastikan semua TASKA berdaftar dapat memberikan perkhidmatan berkualiti kepada kanak² yang berdaftar di TASKA. Tiada mana² peruntukan yang terkandung dalam Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1981 (Akta 308) dan Peraturan2 TASKA 2012 yang membolehkan persatuan atau mana2 badan untuk menetapkan kadar yuran kepada pengusaha.
Semua yuran TASKA adalah ditentukan oleh pengusaha sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana² pihak. Ini adalah selaras dengan Akta Persaingan 2010 yang ,elarang apa² amalan yang menyekat, menghalang atau mengganggu persaingan dalam apa² pasaran perkhidmatan atau barangan
Ok...jelas lagi nyata kenyataan nya tu kan. Info ni aku dapat dari twitter JKM sendiri kat [SINI]. Aku dapat info ni dari group WhatApps nursery. Owner nursery yang bagi. Tapi bagi memastikan kesahihan nya, aku godek cari link untuk uolls sendiri refer. Biasalah kan, skang ni Copy and Paste jer. Kisah sebenar kita tak tau. Bila ada link, baru rasa puas hati sket kan.
Panjang lebar plak aku bercerita. Untuk perkongsian kita bersama kan. Pengajaranya...kalau nursery uolls nak naikkan yuran nursery yang sangat melampau harganya sampai cekik darah dengan alasan arahan dari JKM, sila jangan percaya ok. Sekian pesanan khidmat dari #makbanyakanak ☺
Note: Yuran nursery dah naik. Gaji??? Bila nak naik banyak nih??