As salam semua. Salam pagi Isnin. Alhamdulillah....masih diberi peluang olehNYA untuk bernafas sambil menikmati udara segar dimuka bumi ini. Harini hari pertama aku start kerja. Kena cancel cuti harini sebab cuti sekolah dah dilanjutkan lagi seminggu. Jadinya senin depan cuti sebab anak dara tu 1st day nak masuk tadika. Tapi harini hantar jugak daycare kat tadika baru. Kalau hantar kat nursery lama haruslah kena charge kan. Seminggu tu. Jadinya...kita hantar kat tadika baru jer lah.
Harini jugak entry pertama aku untuk tahun 2015 nih. Jumaat last week pon cuti lagi. Menghabiskan sisa² cuti yang ada. Tetiba teringat plak nak cek cuti² tahun lepas yang aku pernah amik. Kesnya malam tadi beborak dengan en. somi. Dia kata aku tak pernah amik MC last year. Aku ingat² lupa. Tu yang check pagi ni. Memang betul lah. Cemerlang lah aku tahun lepas sebab tak pernah amik CUTI SAKIT. Alhamdulillah atas kurniaan kesihatan yang baik dariNYA ini. Harapnya tahun ni dapat mengekalkan lecemerlangan tanpa CUTI SAKIT...inshaa'allah.
Sambil cuti tu daftar tadika Qahirah sekali. Last minute baru nak buat khenn. Tapi dah booking nama dulu uolls. Nanti aku up pasal tadika qahirah yerp. Kalau masa kimi dulu aku siap amik cuti sebab nak survey tadika. Tapi bila qahirah nak tadika ni memang aku tak survey sebab aku dah boleh agak price rate nya. Yang pasti....SEMUANYA NAIK.
Note: Jadi jugak kitorang import Iman Hakimi duduk umah Atok/Opah kat Gombak. Weekend ni baru amik bawak balik :-(