Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pencarian bloglist bagi bulan Januari 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 30 November 2014, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 Disember 2014, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
- Follow blog CN Add To Circle G+CikguNorazimah dan Follow Instagram cikgunorazimah (jika ada)
- Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Januari 2015 by CN"
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Januari dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Januari 2015.
Kredit untuk Kak Mialiana.
Cuaca pagi ni masih mendung.
Hujan dari semalam. Bersambung sampai petang ni. Masih lagi hujan. Seakan tak mau berhenti. Office pon dah terasa semacam sejuknya. Bila sejuk² macam ni, Mulalah mengundang rasa lapar. Tapi tak per, kat office ada biskut. Macam² jenis biskut ada...biskut gula, biskut lemak dan juga biskut kacang. Boleh buat air...milo, teh-o, nescafe tarik. Semua ada. Kalau tak der kudap kudapan, boleh keluar gi kedai kejap.
Tapi fikiran mula terkenangkan mangsa² banjir. Berebut makanan...tak cukup makan...malahan tak makan berhari². Anak² kecil dan bayi yang tak cukup makanan dan susu. Warga² emas yang kurang tenaga. Dalam keadaan cuaca sejuk lagi. Kita enak berselimut diatas tilam yang empuk. Mereka? Ada ker selimut dan tilam? Cukup kah selimut dan tilam? Ya! allah...hebatnya dugaan mereka.
LANGIT, BERHENTILAH HUJAN
BUMI, TELANLAH AIR
SUNGAI, REDAKAN GANASMU
JALAN, BUKALAH LALUANMU
Bertabahlan buat mangsa² banjir. Semoga terus diberi kekuatan dan semangat yang tinggi dalam menghadapi musibah ini. Buat petugas² dan sukarelawan, semoga dipermudahkan semua urusan olehNYA.
Note: Rumah opahku kat perak pon ta terkecuali. Air naik paras pinggang.