#makbanyakanak kembali ber blog setelah 4 hari (termasuk weekend) hilang di alam maya ni. Ada yang rindu atau tercari² ke?...ekekeke...muntah hijo jer tengok perkataan 'rindu' tu khenn. Siapalah kita. Hanya blogger marhaen jer...,muahahaha...ok, sambung citer.
Aku cuti hari jumaat tu. Khamis tu kan birthday Sultan Selangor. jadinya aku lanjutkan cuti sampai jumaat. Terus pagi ni rasa lemau nak gi kerja sebab dah lama cuti. Tu yang malas kalau cuti lelama nih.
Cuti haritu pon saja² jer. Nak merehatkan diri. Anak² suma hantar nursery, Lepas hantar dorang aku bantai membuta kat umah, Syiok wei tido tak der orang ganggu. Tapi nama jer cuti, Kerja rumah tetap jalan. Memang non stop kerja rumah ni kan. Redho jer lah. Itu jer lah kisahnya. Ada hutang kisah Muzium Negara. Tunggu erk.
Note: Sila sediakan air. Kejap lagi #makbanyakanak nak datang umah uolls....hehehe...
Ok…Setelah melenjan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni. Kini tiba masanya si pemakai untuk membuat review berkenaan keberkesanan gelang penghalau nyamuk ni terhadap pengguna nya sendiri. Terima Kasih buat Mia Liana dan juga syarikat X Cube Enterprise kerana memberi peluang untuk mencuba sendiri gelang Bugslock nih. Sebelum tu, mari kita ambil tahu apa itu demam denggi dan statistic ni dulu yerp.
Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamukAedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS). Ini hanya ringkasan. Kalau nak baca lebih lanjut, sila klik [SINI]
Untuk statistiknya pula, Sepanjang minggu ke 47 tahun 2014 dari 16 hingga 22 November, sejumlah 2,400 kes Demam Denggi telah dilaporkan, meningkat 204 kes (9.3%) berbanding dengan minggu sebelumnya iaitu 2,196 kes. Dari Januari hingga 22 November 2014, kumulatif kes Denggi yang dilaporkan di seluruh negara adalah 93,402 kes, meningkat 172% (59,014 kes) berbanding dengan hanya 34,388 kes yang dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun 2013. Boleh baca lebih detail kat [SINI]
Nampak tak, kes denggi bukan semakin menurun, tapi semakin meningkat saban tahun. Apa kaitan denggi dengan buglock gelang penghalau nyamuk ni? Haaaa…ni nak berkongsi kisah saya dan anak² yang menggunakan gelang bugslock dan ternyata Bungslock ni merupakan antara produk anti-nyamuk yang berkesan buat saya dan anak². Kenapa? Sebab saya dan mencubanyanya sendiri.
Posing dengan gelang Bugslock sebelum tidur
Saya menggunakan gelang Bugslock waktu malam ketika anak² hendak tidur. Sebelum tidur memang saya akan sembur dulu ruang tamu dan juga
bilik anak² dengan penyembur nyamuk dengan harapan tiada lagi nyamuk yang
datang. Tapi berapa lama jer tahan nya kan. Tak lama lepas tu akan kedengaran
bunyi nyamuk merayap² kat telinga ni. Siapa yang tak risau kan. Seperti yang saya nyatakan [DISINI] kenapa saya memerlukan gelang Bugslock.
Tapi sejak pakai gelang Bugslock penghalau nyamuk ni, saya dah jumpa cara mengusir nyamuk yang berkesan dan serasi buat kami sekeluarga
tanpa perlu semburan nyamuk lagi. Memang macam tak der dengar bunyi nyamuk
plak. Lena anak² tidur. Tak der nak menggaru² macam sebelum ni. Walaupon baunya
agak kuat, tapi ianya wangi dan bau yang 100% datangnya dari bahan semulajadi
iaitu citronella oil @ Serai Wangi. Mana lagi bagus? Bau semburan nyamuk yang
beracun atau bau Serai wangi yang 100% nya semulajadi? Dah tentu serai wangi yang
memancarkan aroma dan membuatkan serangga tak tahan dengan baunya kan. Komen
anak saya Iman Hakimi ‘Ibu…kita rasa dah tak kena gigit nyamuk lagi lah pakai
gelang ni. Best lah ibu’.
Posing dengan gelang Bugslock kat Taman Permainan
Haaaa…tak perlu susah² nak pakai semburan nyamuk yang baunya sangatlah kuat menusuk hidung. Hanya pakai gelang penghalau nyamuk bugslock jer untuk elak kena gigitan nyamuk. Bugslock bukan saja boleh di gunakan di dalam rumah. Malah boleh digunakan semasa berkebun, makan angin dan juga aktivit² luar yang lain. Macam kat playground ni. Jangan tak tau. Saya pon try pakai kat office jugak.
#makbanyakanak posing dengan gelang Bugslock. Kat office ni banyak nyamuk tau. Dari umah sampai ke office di ikutnya #makbanyakanak ni…hehehe…gurau jer. Kawan office ni memang akan sembur dengan penyembur nyamuk yangg tengit baunya tu sebelum mula kan kerja. Bau satu office. Pening rasa kepala.
Tapi kan, rasa macam magic plak bila pakai gelang Bugslock ni. Dah tak menggaru² dan tak perlu bertepuk tampar lagi. Tak de kelibat nyamuk. Even bau kuat satu
office. Tapi baunya wangi semulajadi serai wangi. Memang dah pesan ngan member
office ni soh beli gelang Bugslock.
Nak tau tak, kesan semburan nyamuk/serangga ni agak merbahaya buat sesiapa yang mengidap Asma Pesakit asma yang terhidu racun ini boleh mengalami lelah serta merta. Jika kerap kali terhidu racun ini boleh menyebabkan saluran atas pernafasan gatal-gatal, radang kerongkong, rinitis dan berlaku gerakbalas hipersensitiviti. Boleh baca kat [SINI]
Kesimpulannya…kalau tak cuba, kita tak tau keberkesanannya
kan. Bugslock gelang penghalau nyamuk bugslock memang merupakan produk anti-nyamuk yang berkesan dan menggunakan 100% bahan
semulajadi penting. Tak susah nak menghalau nyamuk ni, hanya pakai gelang
bugslock di pergelangan tangan atau di pergelangan kaki
merupakan cara mengusir nyamuk dari
mendekati kita. Kalau nak elak kena
gigitan nyamuk ni, pakailah gelang Bugslock setiap hari.
Tapi perlu di ingat juga, Faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam penularan wabak denggi. Pastikan tiada air yang bertakung terutama di dalam besen air, pasu bunga, bekas plastik dan juga tong² kosong.
Tapi perlu di ingat juga, Faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam penularan wabak denggi. Pastikan tiada air yang bertakung terutama di dalam besen air, pasu bunga, bekas plastik dan juga tong² kosong.
Oh! Ya. Lepas dah pakai gelang Bugslock ni, boleh simpan kembali dalam pek asal sebab ianya jenis plastik yang ber zip. Dan bertahan sehingga 240 jam.
Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk yang ORIGINAL dari Korea
boleh dibeli secara online di :-
Website : www.malaysiabugslock.com
Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.
Pernah tak jadi kat uolls, barang macam cincin ker, jam ker atau apa² barang sekali pon hilang? Pada hal dah cari kat tempat yang biasa kita letak barang² tu. Tapi tak der gak. Mula lah ko selongkar satu rumah mencari. Tapi sebenarnya barang tu ada jer kat tempat tempat biasa kita letak tu. Cuma bila kita cari dalam keadaan hati tak tenang dan kelam kabut. Barang depat mata pon kita tak nampak kan...kan...mengaku jer lah. Sebab aku baru jer kena hari ahad tu...cisssss....
Gambar ulang tayang. Abaikanlah kunci kereta ku yang dah uzur tu.
Kecoh serumah bila kinci kereta ghaib tetiba. Dah siap nak keluar dah nih. Kononnya nak keluar awal ke Muzium Negara. Tapi di sebabkan kunci keta punya hal. Terus delay dekat 30 minit. Cuba recall balik kejadian hari sabtu. Memang keta dah kunci. Pastu naik rumah letak kat atas meja tu macam biasa lah.
Tapi kenapa tak ada? En. somi pon dah check kat meja tu. Maka...bermulalah adegan selongar menyelongkar seantero rumah. Check dalam poket seluar. Punggah katil. kot² ter letak kat atas katil atau jatuh celah² katil ker. Punggah plak bakul kat meja solek tu. Pastu intai² bawah kerusi kot terjatuh bawah tu. Cek celah² kusyen kot terselit dalam tu. Lagi best...gi cek dalam freezer kot² si budak bijak qhalif tu letak kunci dalam tu ker. Sebab dia pernah letak kunci motor abah dia dalam tu...ppffttt...
Tak ada wei. Soh plak si kimi turun tengok kot² tertinggal dalam keta. Pastu tanya plak kat pak guard kalau ada ternampak kunci tercicir ker....perghhhhhh...memang kecoh dan tegang. Nak tak nak, kena cari kunci spare. Dah nak kena punggah plak drawer dalam bilik tu. Aku ni pon dah macam mandor dok mundar mandir cari sambil dalam hati berdoa 'ya! allah...tunjukkan lah petunjukmu kat mana kunci keta tu'.
Terus gi kat meja bulat sebab tergerak hati nak check balik kat situ, Nahhhhhh...elok jer ada atas meja tu dengan kinci rumah. Cuma kunci tu di tutupi oleh kertas. Komen si suami 'Abang dah check kat situ tadi. Tapi macam mana boleh tak tergerak nak selak kertas tu erk'...ppffttttt...Mampu senyum jer lah ☺☺
Note: Jeles jer tengok orang update pasal Big Bad Wolf. Rasa mcm nak gi jumaat ni sebab dah apply cuti ☺☺