Nak tanya ni. Uolls isi minyak kereta selalunya pakai liter ker pakai ringgit malaysia (RM)? Pernah terfikir tak yang isi minyak pakai liter lagi untung/jimat dari pakai ringgit? Sebenarnya nak bagitau yang aku baru jer tau pasal benda ni. Dah 4 tahun di arena pemanduan ni baru aku sedar wei...cissss...Ker uolls pon macam aku jugak. Serba serbi tak tau. Kalau yang tau tu, dediam lah yerp. Ni nak citer sket pasal LITER vs RINGGIT ni.
Aku tau ni pon lepas borak² ngan adik. Ntah macam mana tercerita pasal minyak keta plak. Sebab adik aku ni sepanjang dia memandu mana pernah isi minyak keta. Somi dia yang tolong isikan. Jadinya...skang ni dah pandai isi minyak keta sendiri. Eksen lah kan...hahaha...Katanya dia isi pakai liter. Lagi untung dan jimat. Kebetulan dapat plak info dalam group whatsApp. Meh baca nih.
Contohnya *belum citer dah bagi contoh...ekekeke...
Gi kaunter nak isi minyak 20 liter. Pastu bayar RM46.00. Ini lebih baik daripada isi RM40.00 kerana minyak yang masuk adalah 15.7894737 liter. Sedangkan nozzle hanya menyukat sehingga 2 tempat perpuluhan sahaja. Faham??
Maknanya kita rugi 0.0094737 bagi setiap pengisian RM40.00. Bayangkan kalau setiap hari ada seribu orang yang isi RM40.00. Stesen minyak dah untung 9.4737 liter. Kalau sebulan? Silalah kira sendiri. Sebab tu stesen minyak selalu buat program cabutan bertuah dengan pembelian minimum RM40. Mereka mahu menanam sifat mengisi minyak mengikut nilai RM dari ikut nilai liter.
Wallahu'alam...Gittew lah kisahnya. Bagi membuktikan kesahihan nya, my colleague minta kepastian dari kawan dia yang kerja dalam sektor minyak ni lah. Dan jawapannya adalah benar. Memang betul akan di bundarkan terdekat. So...better isi guna liter.
Jadinya...sejak dah tau ni memng aku isi minyak pakai liter jer. No more pakai RM. Orang kat kaunter minyak tu pon kena siap sedia ngan calculator. Ko nak muka masam ker, muka sentap ker sebab nak kena mengira itu bukan masalah aku. Zaman living cost makin meningkat ni kena berkira even sikit.
Tapi kan, Aku perasan minyak dari Shell banyak sket dari Petronas. Aku isi RM20.00 kat Shell dapat 8.7 liter. Kalau isi kat Petronas RM20.00 dapat 8.695 liter. Ko nampak tak betapa berkiranya aku sampai minyak kat shell and pertonas pon aku catit berapa jumlahnya...ppffttt...
Note: Kalau minyak dah menyala. Mana² stesen petrol yang terdekat pon aku pakai juga. Mati tengah jalan keta tu aku jugak yang susah.