Serious...Aku paling menyampah dengan orang yang suka suki potong barisan. Suka suki potong tak bagi signal. Dan suka suki pakai emergency lane tanpa sebab. Macam ni:
Sebelum bersangka buruk, nak bagitau dulu. Jalan sesak tak bergerak masa gambar ni di captured ok. Bukan sambil memandu sambil amik gambar yerp.
Come on lah....orang lain pon nak balik jugak. Bukan ko sorang jer wei. Ko lagi buat jalan tambah sesak. Kebetulan ada ambulance nak lalu. Tak ke menyusahkan pemandu ambulance? Tak kan tak tau apa fungsi Emergency Lane tu? Meh nak sekolah kan balik.
Adakah anda tahu apakah fungsi Lane Kecemasan di jalan raya?
1) Ia bertujuan untuk digunakan hanya oleh kenderaan kecemasan, iaitu Ambulans, Bomba dan Polis Trafik, apabila perlu.
2) Menghentikan atau Memandu di lorong kecemasan hanya dibenarkan dalam hal 'kecemasan mutlak'.
Ia adalah sangat berbahaya untuk meninggalkan kenderaan anda tidak bergerak di lorong kecemasan.
Ia juga akan menjadi penghalang kepada kenderaan kecemasan yang perlu melalui dengan cepat ke destinasi yang dimaksudkan.
Kesedaran dan pematuhan anda amat dihargai. (Sumber [SINI])
Nampak tak? Sila baca betul² dan fahamkan. Tapi aku tau, ramai pemandu kat Malaysia ni yang tak faham bahasa, selfish dan kedekut. Dah bagi signal pon kedekut nak bagi jalan. Lagi kita nak masuk, lagi dia cucuk ke depan. Stress aku pepagi nak masuk laluan kontra lepas tol Sungai Ramal tu. Bukan suka suki kita nak memotong. Dah laluan kontra tu satu lane jer. Acaner tu.
Kalau bercerita pasal memandu ni, memang sehari semalam tak habis. Jalan sesak boleh di katakan hari². Dah lah makan masa, makan minyak plak tu dengan jalan yang sesak. Pastu minyak minta di isi, tak ker makan duit tu.
Note: Tunggu bebudak cuti sekolah lah baru jalan tak berapa sesak.