Segmen bakar membakar dari dapur #makbanyakanak kembali lagi. Resipi yang simple lagi sedap uolls. Dapat ni pon kat FB. Tapi lupa kat group mana satu. Sebab banyak sangat join group resipi dan juga bakar membakar ni.
Ni lah dia projek bakar membakar dari malam tadi membawak ke pagi ni. Membakar roti tu semalam. Tapi biasalah kan, bila #makbanyakanak ni tidurkan anak² dengan dia sekali tidur. Hormon OXYTOCIN dah mula merembes katakan...hahaha...HORMON OXYTOCIN ini adalah hormin yang dirembeskan oleh badan kita semasa menyusu yang membuatkan kita rasa relaxing. Dalam erti kata lain, Oxytocin is the hormone of love which also causes us to relax. Ehhh...dah nak tersasar entry aku ni. Meh kita sambung.
Aku bakar roti dalam pemanggang ajaib yang sememangnya ajaib tu jer. Malas aku nak pakai oven. Lepas dah bakar aku biar dalam tu. sebab anak² dah minta di tidurkan. Jadinya...pagi ni aku panaskan balik roti tu...hahaha...tak senunuh kan. Sebenarnya aku testing jer buat. Sebab ada baki roti yang tak habis lagi. Tak tau lah roti tu dah expired ker belum. Dah hilang tagnya. Aku bedal jer....kahkahkahh...lagi tak senunuh. Nak buat puding roti, bahan² tak cukup. Puas memikir, baru teringat yang aku ada screen capture resipi nih. Yang aku suka suki namakan GARDENIA CHOC STICK.
Bahan² nya macam dalam gambar kat atas tu lah. Cuma uolls POTONG² ROTI TU KECIK². Ikut suka hati lah nak potong mcm mana kan. Nak buat love² pon boleh. BAKAR DALAM PEMANGGANG AJAIB (Api Kecik). BILA DAH RANGUP, SILALAH ANGKAT *nak kena bagitau jugak tu ☺*. PANASKAN COKLAT MASAKAN (Buat kaedah double boil) + BUTTER + SUSU PEKAT (Agak² lah sukatan nya) DAN KACAU SEBATI. BILA DAH SEBATI, LETAK JER ROTI BAKAR DALAM COKLAT TU. PASTU GOLEKKAN DALAM NESTUM. Dah siap untuk di makan.
Rasanya??? Kalau di tanya pada orang yang kuat makan dan suka makan macam aku ni, semuanya sedap. Tolak batu ngan kayu jer...hahaha...Tapi memang sedap wei. krup..krap...krup...krappp...sebab rasanya yang rangup. Terpejam² mata ko sambil makan sebab kesedapannya tu...hahaha...over tau. Tak caya, sila lah buat yerp.
Note: Balance roti ada lagi tu. Balik ni nak sambung buat. Untuk kudapan anak² ☺