Salam pagi isnin semua. Aku mulakan entry pagi ni dengan nak minta bantuan kamu semua.
Dapat info ni dari group WhatsApp nursery, Satu petisyen telah dilancarkan bagi membantah penjualan arak di AEON Big seksyen 16, Bandar Baru Bangi. Sebagai salah seorang penduduk Bangi, aku menyokong tindakan ini.
Bantahan kami ini adalah bersandarkan atas beberapa faktor berikut :
1. Lebih 90 peratus penduduk sekitar Bandar Baru Bangi adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam dan segala yang berkaitan dengan arak termasuk membeli, menjual, meminum mahupun menghidang adalah haram di sisi umat Islam.
2. Arak adalah nilai buruk dalam pandangan semua budaya dan tamadun masyarakat dan meminumnya boleh memudaratkan kesihatan.
3. Penjualan di premis berkenaan akan memudahkan akses orang ramai kepada arak bermakna memberikan laluan kepada masyarakat untuk sesuatu yang buruk dan merosakkan
Berdasarkan alasan di atas, sekali lagi kami menyuarakan bantahan sekeras-kerasnya akan penjualan arak di premis berkenaan. Tindakan pihak tuan meluluskan lesen penjualan adalah dianggap tidak sensitif terhadap norma-norma Islam dan penduduk setempat.
Jadinya...nak minta jasa baik kawan² semua. Tak kiranya uolls menetap di mana sekali pon. Untuk sama² menyokong petisyen bantahan penjualan arak ni dengan menandatanganinya secara online [DISINI]. Semoga amal kecil ini dapat menyelamatkan kita dari azab Allat S.W.T nanti. Di akhiri dengan ucapan TERIMA KASIH.
Note: Agak susah kita nak mengekang penjualan arak di kedai² serbanika/runcit/24 jam ni. Tapi kalau kita sebagai penduduk bersatu, tak mustahil kan. So far seven eleven kat taman kajang impian ni memang bebas arak.