Malam pertama tidur sendiri ☺
Kalau nak ikutkan, memang dah lama ada bilik untuk anak² ni. Tapi anak² masih tak nak tidur sendiri. Dah best tido ngan ibu dia ni ha. Pernah dorang tido sendiri mana kuarantin kena Chicken Pox last year. Pastu sambung balik tido ngan ibu...haishhhh...
Memandangkan #ImanHakimi dan #Qahirah tiap² malam bertekak sebab nak tidur sebelah ibu. Dan skang ni si budak dua pusar #ImanQhalif dah join the team berebut² nak tidur sebelah ibu. Boleh di katakan tiap² hari dan tiap² malam. Naik seriau ibu ko ni nak tidur tau tak anak²...ppffttt...Sampai satu tahap dah tahan. Aku soh dorang amik pisau and belah badan ibu ni amik sorang sebelah. Senyap plak memasing.
Bila dah stress, siapa lagi tempat mengadu kan. Jadinya...En. bos dah bagi arahan soh disiplinkan #ImanQahirahQhalif tido dalam bilik sendiri. Mak pak pon kena disiplin jugak lah lepas ni. Jangan bagi muka kalau anak² nak tidur sekali. Ini adalah arahan.
Maka malam semalam....bermulalah episod kimi ngan qahirah tidur dalam bilik and katil sendiri untuk malam pertama dan juga malam² yang seterusnya. Seronok memasing bila ibu dia ni mengemas bilik tu balik bagi sedap mata memandang. Untuk kimi ok lah. Tapi qahirah ni. Memula dia merengek² jugak lah. Tapi aku keraskan hati. Pujuk² dia and tepuk² dulu bagi tido. Dan akhirnya....mission accomplished.
Apa yang aku buat. Sebelum dorang tidur tu, hugging² and kissing² dulu. Bagi salam and wish good night. Pujian itu haru hokay. Puji² lah anak² tu dulu sebab nak tidur sendiri dah. Antara tips lain yang aku dapat dari website [PA & MA] :
1. Sediakan bilik yang selesa untuk si manja anda. Tidak semestinya ia perlu berhias dengan kelengkapan yang mahal. Paling penting keperluan asas tempat tidur cukup selesa untuknya.
Bilik #ImanQahirahQhalif pon simple jer dekorasi nya. Sebab bilik pon tak berapa nak luas. Kalau letak banyak² barang nampak crowded plak nanti.
2. Berikan benda yang boleh membuatkan si manja rasa selamat dengannya. Contohnya sebuah patung kegemarannya yang boleh membuatkan anak anda rasa ‘berteman’ apabila tidur.
Buat masa ni aku bagi dorang bantal lebih...hehehe...Pastu pasang ayat² Al-Quran.
3. Beritahu anak tentang rancangan untuk memindahkannya ke tempat tidur di bilik sendiri beberapa minggu awal. Ini untuk memastikan mental dan emosinya bersedia untuk memulakan perkara baharu dalam hidupnya.
Sebelun ni memang dah banyak kali bagitau. Tapi semalam memang paksa dorang tidur sendiri. Tu yang tak der masalah sangat.
4. Ajak anak membeli bersama peralatan kelengkapan untuk bilik tidur baharunya. Dengan cara ini, dia akan gembira kerana diberi peluang memilih dan menghias ruang privasinya yang pertama.
Masa beli katil tu memang bawak anak² skali. Memang teruja memasing. SIap pilih tilam sendiri.
5. Mulakan dengan melatih si kecil tidur di biliknya pada siang hari. Temankan dia terlebih dahulu dengan membacakan buku cerita. Lakukan selalu agar ia membantu membiasakan anak tidur sendirian.
Tidur siang dalam bilik memang jarang. Tapi kalau main dalam bilik memang selalu ☺
6. Sekiranya anak kelihatan cemas apabila semakin hampir detiknya untuk tidur sendiri di bilik, ajak ahli keluarga lain merayakan majlis khas secara kecil-kecilan. Tujuannya agar dia berasa gembira dan melihat fasa tersebut sebagai hal yang menggembirakan dan bukan menakutkan.
So far semalam ok. Tak der plak rasa cemas.
7. Bersabar menghadapi kerenah si kecil belajar tidur sendiri. Jangan marah anak jika pada peringkat awal ia tidak berjaya sebaliknya beri sokongan kepadanya. Pastikan anda sentiasa menemankannya di awal masa tidur dan meninggalkannya sebaik si manja sudah nyenyak.
Peringatan buat diri sendiri juga. Memang itu yang aku buat semalam. Temankan sampai anak² dah tidur.
8. Pada peringkat awal, anda tidak perlu menutup pintu biliknya dan bilik anda. Katakan kepada anak, bahawa jika dia berasa tidak selesa, dia boleh mengetuk bilik anda.
Memang tak tutup pon pintu bilik.
9. Sediakan pencahyaan yang bersesuaian untuk si manja. Kebanyakan kanak-kanak takut kepada kegelapan.
Memang betul. Aku pakai floor lamp IKEA. Ingat nanti nak cari wall lamp ☺
10. Anda boleh memberikan ganjaran sekiranya anak berjaya tidur sendiri pada minggu pertamanya. Mungkin dengan memasakann makanan kegemarannya atau membacakannya ekstra cerita sebelum tidur sudah cukup menggembirakan si anak.
Inshaa'allah...memang dah niat pon nak bagi. Salah satu pemangkin semangat untuk anak² tidur kat bilik sendiri kan.
Ini lah tipsnya. Tapi untuk hari petama semalam aku tidur skali dalam bilik tu...hehehe...Bentang toto kat bawah. Harini aku nak biar dorang tidur secara bersendirian. Rasa excited plak tengok kimi ngan qahirah tidur kat katil memasing. Pagi ni minum susu pon qahirah baring kat katil dia tu ☺
Iman Qhalif tidur mana? Haaaa...budak dua pusar ni masih masih mengempeng. Coming soon akan tidur sendiri jugak nanti. Harap² malam ni dan malam seterusnya berjayalah #ImanHakimi #Qahirah tidur sendiri. Kita tengok progress hari kedua malam nanti.
Sebelum ada yang bertanya kenapa sekalikan bilik anak lelaki ngan anak perempuan? Kalau rumah aku besar dan duit aku berkepuk². Memang dah lama aku buat. Ukur poket di badan sendiri dulu. Buat masa ni sekali jer dulu. Lagi pon dorang belum ramaja lagi. Memang ada perancangan nak hias bilik lagi satu tu. Bilik tu buat bilik simpan barang buat sementara. Rumah 3 bilik jer uolls. Nak kena pandai jimat ruang.
Masa memula pindah dulu, boleh di kira berapa barang jer yang ada. Tapi bila dah 5 tahun duduk sendirian berhad ni, tetiba boleh banyak plak barang dalam rumah sampai tak cukup ruang rasanya...ekekeke...Buat yang baru nak hidup bersendirian berhad dengan keluarga kecil, jangan risau. Nanti akan penuh lah rumah uolls tu yerp.
Note: Nanti aku share kan pasak reward chart untuk anak² plak ☺