Dari haritu tetiba teringin nak makan ubi kayu rebus. Pastu tengok plak KAK ZAKIE nyer ubi kayu rebus dengan sambal tumis ikan bilis. Memang saling lengkap melengkapi betul gandinga tu. Arrgghhhh...tak bleh jadi nih. Membuak5 nak beli ubi kayu ko/ Kebetulan petang khamis tu ada pasar malam. Elok sangat lah tu kan.
Ini lah hasilnya...UBI KAYU REBUS. bersama gandingannya KELAPA. Makanan orang dulu @ makanan femes jaman jepun. Tak terbuat sambal tumis ikan bilisnya sebab kepenatan menyiang hasil menjala ikan ngan mencandat sotong kat Pasar Pudu. Murah lah wei. Ikan selar sekilo RM10.00 dapat 10 ekor ikan. Sotong plak sekilo RM8.00. Banyak plak tu. Ada besar ada kecik. Jenuh aku menyiang. Erkkkk...lari tajuk plak.
Sambung balik. Nasib ada orang jual ubi kayu kat pasar malam tu, Kempunan aku kalau tak dapat...ekekeke...RM2 untuk seketul ubi kayu. Mahal ker murah? Sebab 1st time beli. Balance kelapa ada lagi tu. Nak buat kuih ketayap lah malam nih ☺
Note: Good luck untuk calon² SPM 2014.