Amacam...Silalah buat. Sedap sangat. Ni malam tadi punya projek. Kudapan di malam hari depan TV menghadap Abang Jebat dan Mastura dalam citer Setitis Kasih Darmia. Resipi pon senang sangat. Apatah lagi nak membuatnya. Boleh juga pakai Nachos brand Mission yang macam nih:
Memandangkan semalam tak mengizinkan aku untuk singgah giant beli Nachos Mission ni. Jadinya kita beli jer lah Nachos lain. Tapi aku punya nachos tu macam tak semenggah sikit rupanya. Tak banyak beza sebelum dan selepas bakar...hahaha...salah timing ker oven tu. Tak per, practice make perfect kan. Kalau tambah mozzarella cheese atau jalepano cheese lagi sedap.
Ni idea member office lah ni. Terus terjebak. Kalau uolls nak buat, bakar dalam 2 minit jer. Tapi bergantung pada oven memasing jugak. Atau tunggu sampai cheese tu mencair. Memang sedap makan panas². Sekejapan jer habis sampai anak² minta lagi. Nanti ibu buat lagi yerp #ImanQahirahQhalif ☺
Note: Harini ada pasar malam. Nak cari ubi kayu ☺
Dah lama kena tag ngan kakak TIHARA kita nih. Mekasih lah kak sebab sudi tag adik aka kyang comel ni *bluekkk. Jadi memandangkan #makbanyakanak ni tetiba otak jadi freeze. Pada hal banyak jer kisah yang nak di ceritakan. Tak per lah. Kita defrost dulu otak kita and kita buat lah task ni dulu yerp.
Apa tasknya? Ni task nya yerp:
- Thanks the person who nominate you
- Provide a link to the person’s blog
- Write 7 facts about yourself
- Nominate 15 blogger to the Versatile Blogger Award
7 Fakta Pasal SAYA
Harus letak gambar #makbanyakanak yang sntiasa perasan comel nih...ahaksss...
1. Saya anak ke 7 dari 8 adik beradik. Menetap di Bangi. Hi! blogger² Bangi. Bekerja di Cyberjaya buat masa ni sampai projek siap. Pasti kita berpindah ke projek tapak projek lain plak yerp. Beginilah nasib pekerja yang selalu berpindah randah.
2. Seorang yang sangat POYO. Korang pon memang POYO jugak kan. POYO maksud aku bukan poyo yang membuatkan orang rasa annoying jer tengok, Jangan salah tafsiran. POYO bagi tafsiran aku adalah Proud Of Your Ownself = POYO. Itu maksudnya. Kita memang lah kena bangga dengan diri kita sendiri kan. Even dah meningkat usia senja, tapi muka masih nampak macam budak baru habis sekolah. Aku lah tu...kahkahkah...Muntah hijo lah korang.
3. Pemalu, pendiam dan penyegan. Tapi kalau dah kenal memang dah tak tau malu dan tak der segan² dah. Dari pendiam terus bertukar jadi tak reti dok diam mulut ko kan.
4. Suka nombor 7 sebab aku lahir 7 haribulan 7 *Sila mark dalam calender yerp..haha...Berat masa lahir 7 paun 7 aun. Anak nombor 7. Kebetulam minat ngan David Beckham yang pakai jersey no 7.
5. Tak suka lipat baju, gosok baju dan juga packing baju. Tapi benda tu jugak yang mesti buat. Tak boleh tak buat. Kalau packing baju lagi lah. Boleh termenung di buatnya...'Nak bawak baju apa?'..'Nak bawak berapa helai?'..'Baju jalan nak bawak ker?'...perghhhh...aku rasa macam nak hangkut jer almari tu. Pada hal balik umah mak/mertua jer pon...ppffttt...Pastu balik dari bercuti nak kena punggah balik baju² dalam bag tu.
6. Suka kucing dan suka tengok kucing. Tapi tak der lah sampai tahap nak membela. Takut tak terbela nanti. Suka tengok aksi² kucing dalam FB Dunia Kucing Group. Boleh tersengih² dan ketawa sorang² di buatnya.
7. Sejak ada blog ni, baru aku sedar yang aku ni ada bakat terpendam. Yakni bakat menulis. Rasa macam pandai jugak aku menulis erk. Ada jer idea nak menulis. Pandai menyusun dan membina ayat...hurmmmm...hehehe...
Ok..Tu jer lah. Sebab nak 7 jer kan. Kalau lebih nanti over plak ko. Rasanya ramai yang dah buat task nih. Kalau yang belum tu, boleh lah buat nih. Kalau rasa tak der idea, pon di persilakanlah buat.
Note: 5S tak habis². Mencik ahhhhh.
Parenting tips datang lagi. Especially buat ibu²/bapa² baru
atau yang bakal jadi ibu²/bapa² tak lama lagi. Kali ni saya nak share
mengenai cara yang sesuai untuk bermain dengan anak² mengikut
peringkat usia mereka. Iyer lah…takkan anak tu baby lagi uolls dah ajak dia bermain
macam budak tu dah setahun kan. Kalau nak bermain tu kena lah bersesuaian
dengan umur mereka.
Kajian menunjukkan bahawa bayi belajar dengan baik melalui
bermain. Jika bayi yang sedang bermain, mereka benar² mengembangkan Play
IQ mereka. Mereka belajar tentang dunia di sekeliling mereka dan mengembangkan
pelbagai kemahiran penting, seperti kemahiran fizikal, kognitif, sosial dan
emosi mereka.
Isilah masa anak² dengan memberi mereka peluang bermain berdasarkan
permainan yang memerlukan mereka untuk berinteraksi dengan orang dewasa dan
rakan sebaya secara positif. Jejaki perkembangan bayi anda pada tahap pembangunan
yang berbeza untuk membantunya membangunkan potensi sepenuhnya melalui bermain.
Berikut adalah 8 cara untuk bermain dengan anak anda
mengikut perkembangan usia meraka bermula dari 1-24 bulan:
Cara terbaik untuk merangsang pembelajaran bayi anda
adalah dengan memberinya permainan yang betul mengikut peringkat perkembangan
usia yang betul. Bantulah mereka untuk mencapai tahap perkembangan dalam tiga
tunjang perkembangan kanak-kanak:
1. PHYSICAL PLAY IQ adalah ketika seorang anak mengembangkan
kekuatan, koordinasi dan keyakinan. Berikan dia mainan yang mendorong dia untuk
mencapai, merebut, bangun dan bergerak.
2. COGNITIVE PLAY IQ adalah mendorong kanak-kanak untuk
menyentuh, merasa, mendengar dan belajar sambil bermain. Mainan yang memberi
inspirasi kepada rasa ingin tahu dan rasa seronok untuk belajar akan membantu
mengembangkan kedua-dua kecerdasan dan kreativiti kanak-kanak.
3. SOCIAL AND EMOTIONAL PLAY IQ adalah kebolehan kanak-kanak
untuk berkongsi dan mengekspresikan diri dengan yakin ketika dia bermain.
Menggunakan mainan yang betul dan bermain dengan kanak-kanak lain akan membantu
kanak-kanak mempelajari kemahiran untuk berkongsi, mendengar dan memimpin.
Untuk maklumat lanjut mengenai Permainan IQ anak anda, tahap
perkembangan dan mainan yang disarankan, sila layari www.fisher-price.com/PlayIQ.
Note: Rambang mata kekadang tengok mainan budak yang cangging manggih nih.