Apa ke benda tu? Meh nak share apps dengan uolls semua. Kalau ada yang dah tau. Diam² sudah. Kalau yang belum tau, sila download apps ni. Kalau aku yang ketinggalaan jaman baru tau. Abaikan jer lah orang yang tetinggal ketapi ni yerp.
Apa Water Your Body ni? Ok...Kalau uolls rasa uolls ni jenis pelupa nak minum air *dasyat kan sampai lupa minum air. Tak sempat nak minum air. Malas nak mium air. Atau susah nak minum air secara teratur. Haaaa...bolehlah download apps nih. Tebuka kepada android dan juga iTunes.
Lepas dah download, masukkan berat badan. Nanti apps ni akan calculate berapa liter air yang di perlukan setiap hari untuk di minum mengikut berat badan. Aku ingatkan kita kena minum 3 liter sehari tak kira berat ko rendah atau tinggi. Rupanya kena minum ikut sukatan berat badan kita.
Pastu pilih sukatan air yang di minum. Agak² lah berapa ML ko minum dan klik button cawan tu. Contohnya dah set 150ml, Tapi mimum lebih daripada tu. Just double klik jer. Boleh tukar setting kalau rasa diri tu sekali minum sampai 250ml.
Yang bestnya, siap ada notification waktu minum air. Kalau tak nak notification pon boleh. Macam aku yang kekadang ingat² lupa nak minum air nih, memang set notification. Terpulang lah uolls nak setting start dari pukul berapa sampai pukul berapa. Macam aku set dari pukul 7.00 am sampai 11.00 pm. Kalau nak tau bunyinya macam mana, sila lah download.
Note: Bertabahlah kalau asyik ke toilet jer yer ☺