Pagi ni aku received WhatsApp dari group nursery. Kawan Iman Qhalif admitted ICU due to Acute Encephalitis @ Jangkitan kuman pada otaknya *nangis*.
Speechless bila baca. Bergenang air mata. Teringat Iman Qhalif. Mesti dorang selalu main sama² masa kat nursery kan. Dari Whatapps awal parents rumasya ni, anaknya demam panas dari rabu last week. Jumaat warded sebab viral fever. WhatsApps terbaru pagi ni di sahkan Acute Encephalitis.
Ya! allah...Tak tergambar perasaan aku. Doa aku semoga rumasya di beri kekuatan dan semangat yang tinggi dalam melawan kesakitan dan penyakit. Dan semoga cepat sembuh seperti sediakala. Bolah main ngan kawan² lagi kat nursery. Tahun depan nak masuk playschool dah. *Nangis*
Buat parents rumasya, bertabahlah. Kalian insan terpilih untuk menerima dugaan ini, Kuatkan semangat. Sama² kita berdoa untuk kesembuhan rumasya.
Note: Sambil taip sambil nangis. Aku tak boleh kalau budak² di timpa penyakit nih. Mohin kalian doakan kesihatan Rumasya.