Kalau semalam tayang gambar Kek untuk Anak | Choc Moist Cake Homemade. Harini resepi dari dapur #makbanyakanak datang lagi untuk berkongsi resepinya pula yerp...hehehe... Siapa yang tak suka resepi yang simple dan mudah kan. Lebih² lagi resepi kek. Yang paling best, ko tak payah susah² nak keluarkan mixer dari kabinet sebab choc moist cake ni tak perlukan mixer. Pakai whisk saja. Kalau uolls terlebih rajin, boleh jer kalau nak pakai. Tak der masalah pon...hahaha...Tapi aku lebih rela pakai whisk. Sambil whisk sambil ko senaman tangan sket. Kasi ketul² muscle kluar. Tapi kena selalu buat kek lah macam ni...ekekeke...
Ok...kita mulakan. Bahan² yang diperlukan adalah:
Bahan A
1 cawan
serbuk koko ( Aku pakai Van Houten)
1 cawan gula
pasir
1 cawan susu
cair (Aku pakai Fresh Milk. Pon boleh jugak)
1 cawan
minyak masak
1/2 cawan
susu pekat
Bahan
B
1 1/2 cawan
tepung gandum
1 sudu teh
soda bikarbonat
1 sudu teh
baking powder
Bahan
C
1 sudu teh
esen vanilla
3 biji telur
(suhu bilik)
Cara² membuatnya:
- Ayak semua Bahan B dan ketepikan seketika
- Masukkan semua bahan A kedalam periuk dan kacau hingga sebati dengan menggunakan api yang kecil dan sejukkan.
- Pecahkan telur kedalam mangkuk besar dan pukul hingga kembang. Tuang bahan A tadi bersama esen vanilla kedalam telur tadi sambil di kacau hingga sebati.
- Masukkan tepung yang di ayak bersama baking powder dan soda bikarbonat (Bahan B) dan kacau lagi hingga sebati selama 5 minit.
- Tuang adunan dalam loyang dan bakar pada suhu 190'c selama 40 minit. Tapi ikut pada oven uolls jugak lah. Agak² sudah.
Bahan² untuk Topping (ganache)
300 gm coklat masakan *dipotong kecil (Pakai cocoe powder pon boleh. Tapi aku campur)
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair (aku pakai fresh milk)
2 sudu besar butter
Cara²
1. Panaskan susu cair dan susu pekat dengan kaedah double boiler.
2. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lagi hingga cair.
3. Curahkan ganache atas kek yang masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
4. Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais. Nak makan panas² pon boleh. Ikut selera tekak.
Gambar ulang tayang
Ginilah hasilnya. Jenuh gak nak letak topping ni wei. Selekeh di buatnya. Tapi aku trim bagi nampak cantik sket. Nak topping kat bahagian tepi kek ni yang payah sket. Tak der skill lagi. Ni yang rasa macam nak amik kelas bakery. Abam sayang...boleh taja tak...hehehe...
Note: Dah lama tak buat cheesecake.