SURPRISE!!!!!!
Before
Tanjat gegirl bila bukak blog tau. Tetiba dah bertukar colour dan background. Hari jumaat tu masih design lama. I like sangat² dengan cat baru dan design baru ni dan yang penting...header tu...hehehe...Barulah nampak kemas tersusun, simple dan ceria.
Siapa yang design? Siapa lagi kalau bukan dari hasil tangan Azhafizah.Com. Service memang cepat. Tak lama pon menunggu. Tau² dah bertukar jer. Senang sangat nak berurusan dengan fiza ni. Bila FIZA berurusan dengan FIZA juga kan...hehehe...Sorry lah Fiza kalau ahkak ni cerewet dan banyak songeh. Tapi akak sangat² berpuas hati dengan hasil kerja kamu ni. Million Likes ☺
Kalau uols berminat nak tukar cat rumah atau pon nak tukar header blog dan yang sewaktu dengannya, boleh terjah blog Fiza @ Azhafizah.Com yerp.
Note: Semangat tengok blog dah cantik...ekekeke...
Rasanya ramai parents yang menghadapi masalah yang sama di mana anak susah dan agak liat bangun pagi. Termasuk lah #makbanyakanak nih. Kejut sekali…tak bangun. Kejut kali kedua…menggeliat pastu tido balik. Kejut kali ketiga dengan suara petir, baru kelam kabut nak bangun. Tapi nak kejut anak pon ada adabnya juga tau. Nanti aku kongsikan.
Semalam aku dengar siaran ulangan motivasi pagi di IKIM fm. Tak perasan plak apa tajuknya. Tapi dalam motivasinya tu ada di kongsikan cara mudah untuk kejutkan anak bangun setiap pagi. Caranya…SEBELUM ANAK2 TIDUR ATAU DALAM MINDA SEPARA SEDAR TU, PASANGKAN ALUNAN AYAT2 AL-QURAN SAMPAI HABIS. INSHA’ALLAH AKAN MUDAH ANAK BANGUN PAGI.
Di kongsikan juga cerita mengenai sebuah sekolah asrama yang menghadapi masalah disiplin murid2. Menggunakan teknik yang sama. Mainkan alunan ayat2 al-quran sebelum tidur dan juga masa2 terluang. Alhamdulillah…dalam tempoh 6 bulan masalah disiplin murid2 menurun.
Kita sendiri sedia maklum dengan kelebihan al-quran. Antaranya mendengar bacaan Al-Quran membuatkan hati yang gelisah menjadi tenang dan juga boleh melembutkan hati yang keras. Bukan membaca Al-Quran saja menjadi ibadah dan amal yag mendapat pahala dan RAHMAT ALLAH, tetapi mendengarkan bacaan Al-Quran pun begitu juga. Tentang pahala orang mendengarkan bacaan Al-Quran dengan jelas dalam Surah Al-A'raaf (QS. Al-A`râf [7]: 204) yang bermaksud "Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah (baik-baik) dan perhatikan lah tenang, agar kamu mendapat rahmat" [Sumber: SINI]
Ini lah salah satu cara untuk mudah kejut anak bangun pagi. Tapi kalau orang dewasa yang susah nak bangun pagi plak macam mana? Senang jer, ko baca jer talkin kat telinga tu. Confirmed bangun…hahaha…
Note: Hari ni pembentangan budget. Adakah gaji MP di naikkan? Tak sabar plak nak dengar.
Siapa dengar HotFm pagi nih? Topik pasal hari Pos sedunia. Pastu ada sorang caller call. Katanya dulu dia malu dengan pekerjaan ayah dia sebagai seorang posman. Ok...aku dah start touching. Gi skolah bapak hantar naik motor posmen siap karung kiri kanan tu. Dia rasa malu dengan kawan² sebab kena ejek. Sampai siap cakap ngan ayah dia jangan amik dia kat skolah *citer dengan nada sebak. Aku dah start bergenang mata nih. Sambung lagi...ayah dia tak cakap apa pon bila dia suarakan jangan amik dia kat skolah...diam jer. Bila dah besar ni, baru dia tau betapa susahnya pengorbanan seorang ayah yang bekerja siang malam untuk anak. Rasa menyesal sebab cakap macam tu kat ayah dia dulu. Gittew lah lebih kurang kisahnya.
Pastu DJ start pasang lagu AYAH dan IBU dari Sudirman. Terus berjurai² airmata aku. Teringat kat arwah ayah. Uolls pernah malu ker dengan pekerjaan ayah uolls dulu? Tipu lah kalau aku cakap aku tak pernah ada perasaan tu. Biasalah...budak sekolah tengah nak naik kan. Tak matang lagi. Ayah aku dulu pesara. Dah pencen lah senang citer. Bosan dok rumah kot. Tak pon sebab nak cari rezeki lebih untuk keluarga. Buat kerja tambahan. Jadi pengawal keselamatan. *nangis*
Arwah ayah plak jenis tak pandai bawak motor apatah lagi memandu. Pergi lah kerja naik bas mini. Naik tangga turun tangga bas arwah ayah aku tu. Pastu dari stesen bas, jalan kaki plak gi tempat kerja. Dengan bawak bag and bekal lagi. Gi kerja petang, esok pagi baru baik. Ya! allah...bila di ingat² balik...sedihnya. Aku menyesal...sebab pernah ada perasaan jahat tu dulu. Pada hal dengan duit tu lah aku hidup skang nih. Tapi itu dulu...jaman budak hingusan. bila dah meningkat dewasa, hilang dah perasaan tu.
Ok...aku nak stop dulu. Lagi aku tulis lagi bertambah kesesedihan hati ini.. Cuma aku nak pesan, apa pon pekerjaan parents kita, jangan lah ada rasa malu. Dengan duit tu lah kita dapat bersekolah. Dengan duit tu lah kita dapat belajar sampai Universiti. Hargailah setiap titik peluh mereka.
Note: Al-fatihah untuk arwah ayah. Ayah...orang rindu kat ayah sangat² :-(