Apa kenangan indah zaman uolls menjadi budak²? Mustahil tak der kan. Tapi yang pasti, kenangan zaman budak² kita dulu tak sama demgan zaman budak² sekarang kan. Cuba baca senarai kenangan zaman budak² yang aku nak kongsikan. Memang aku garenti korang akan tersenyum² dan mungkin akan tergelak² *macam aku sebab sambil baca sambil teringat kenangan yang kita pernah buat dulu.
1. Buka kipas. Bercakap dan menyanyi depan kipas sebab nak dengar suara bertukar. Atau berlumba dengan adik siapa yang paling lama bertahan menjerit depan kipas. Alaaaaa...macam iklan MAXIS tu...hahaha...
2. Naik kereta, tengok bulan pastu ingat bulan ikut kita.
3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle'. Rasa hebat.
4. Masa sekolah ada orang bagi MILO free. Lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur sebab nak amik lagi. Tapi yang ni aku tak buat ☺
5. Lukis butrung guna huruf 'm'
6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
7. Tutup peti ais dengan perlahan sebab nak tengok bila lampu dia mati...ekekeke...memang aku selalu buat. Tapi bila anak buat aku marah. Dah tau lah ikut sapa kan...erkkk.,,hahaha...
8. Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi. Yang ni sampai skang pon buat...wakakaka...
9. Makan chewing gum. Lepas tu jilat sampul dia seba nak tepek tatoo kat tangan. Hahahaha...betul tu. Skang dah tak der chewing gum macam tu.
10. Gigit kulit nugget dulu, kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.
11. Koyak tengah² buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampai dan juga origami. Sampai nipis buku ko kerjakan...hehehe...
12. Kawan terpijak kasut skolah, lepas tu pijak kasut dia balik.
13. Guna buku matematik buat main SOS.
14. Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya . Lepas tu tak bagi kawan tiup sebab takut sharpener tumpul.
15. Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi air cepat sejuk. Pastu minum dalam piring. Ni zaman aku gi sekolah pepagi. Mak mesti sejukkan air dalam piring ☺
16. Tak bagi kawan korek pensel di kedua² hujung. Nanti mak mati.
17. Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang².
18. Susun snek bentuk cincin (super ring) pada setiap jari. Kemudian makan satu persatu.
19. Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya. Kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin...ppffttt...
20. Ingat kalau tertelan biji, nanti tumbuh pokon dalam perut.
21. Mesti uolls tengah senyum sesorang bila baca semua kenangan di atas ni kan...hehehe...
Antara permainan wajib zaman budak² (Google pic)
Rindu rasanya nak kembali ke zaman budak². Rindu nak main permainan² waktu kita membesar dulu. Banyak kenangan dan juga banyak aktiviti. Siap kena kejar ngan arwah ayah sebab main sampai tak ingat nak balik rumah. Kelam kabut lari pastu nyorok bawah katil takut kena rotan. Sian gak kat bebudak skang. Asyik dengan gadget.
Note: Dulu siap kutip tin ngan kekawan. Sambil balik sekolah agama sambil mata melilau cari tin. Pastu jual. Bebudak skang malu kot nak kutip tin.