Ha'ah...dah tak champion penyakit Kencing Manis ni sebab dah turun pangkat. Nak tau penyakit apa yang champion skang ni? Meh kita tengok:
Hahahaha...Betul lah tu kan. Ada jer idea dorang ni kan. Tapi beli nasi lemak. Kakak tu pon mengadu pasal suma barang dah naik 20 sen. Gittew lah kesannya. Impact yang sangat besar bila harga minyak start naik.
Semalam aku gi isi minyak. Tapi isi RM20 jelah. Tak cukup duit *naksebutjugaktu. Kalau sebelum ni minyak dapat 9.524. Tapi bila dah naik ni dapat 8.70 liter jer wei. Banyak jugak tu bagi rakyat marhaen macam aku ni. Gi minum smalam. Order air MILO. RM2.70 skang. Lepas ni gi kedai bawak bekal air siap² jer lah yerp.
Bertabahlah buat semua rakyat Malaysia yerp. Bersyukurlah...Malaysia masih aman *ayat cliche. Tragedi Oktober sungguh ni. Kebetulan plak nak dekat Hari Raya Korban. Memang 'Terkorban' rakyat di buatnya sebab rakyat terpaksa 'Berkorban' dengan kenaikan harga minyak nih. Memang aku minta BR1M lah tahun depan.
Note: Aku rasa syarikat pon kena tengok balik gaji pekerja. Dengan kos sara hidup yang makin tinggi ni. Tapi gaji? Naik tak seberapa. Yang tak dapat kenaikan lagi lah kesian.