Wahai kawan² blog. Mr. Daddy, Ben Ashaari buat segmen lagi. Menarik plak tengok tajuk segmen tu. Kalau uols rasa tak der idea, atau tak der citer, atau blank tak tau nak update apa, meh join segmen ni yerp. Ok...jom mula.
LATAR BELAKANG
Anak² permata hati
Aku merupakan Ibu kepada Iman Hakimi (7 Tahun), Qahirah (4 Tahun) dan Iman Qhalif (2 Tahun). 3 cahayamata pelengkap rumahtangga buat masa ni,..Alhamdulillah. Menetap di Bangi. Baru nak masuk 5 tahun jadi penduduk Bangi. Best duduk sini sebab banyak kedai makan. Syurga makanan katakan. Bekerja di Cyberjaya.
KELEBIHAN BLOG
Aku start blogging tahun 2007. Memula blogging tu sebab tengok kawan² ada blog. Orang berblog ko pon teringin jugak kekdahnya padahal tak tau nak citer apa dalam tu. Tapi bila dah ada blog banyak plak citer nya. Baru aku tau yang aku ada bakat menulis sebenarnya. Apa yang terlintas difikiran, terus aku lontarkan pada blog. Tapi kebanyakan penilisan blog ni banyak berkisar tentang ISU² SEHARIAN, RESEPI, TAZKIRAH, TIPS, PARENTING TIPS, BREASTFEEDING dan macam² lagi. Tapi banyak nya kisah pasal ANAK² lah, .Nak kata blog aku ni ada kelebihan, aku pon tak tahu dimana kelebihannya. Bercerita kisah anak² jer lah kelebihannya kot...hahaha...Hanya pembaca jer lah yang dapat menilainya.
IMPIAN
Banyak sebenarnya impian. Nak popular macam BA and Redmummy jugak...hahaha...berangan itu free kan. Ok..sambung citer. Nak tukar domain, nak upgrade blog dan yang paling penting, nak tambah pendapatan sampingan dari blog. Setakat ni hanya bergantung pada Nuffnang sahaja. Skang tengah cuba program affiliate. Tapi kena usaha lebih lagi lah. Alagkah indah nya kalau ada yang sudi bagi job untuk review, advertorial dan yang sewaktu dengannya kan...ok...berangan lagi...ngeee...
Antara job yang aku pernah buat adalah bila aku diberi peluang untuk join Zespri's 14-day Scoop of Amazing Challenge. Pengalaman yang agak mencabar. Lepas tu di beri product review untuk UNIQLO berserta voucher beli belah RM500. Rezeki anak² kan. Dan juga bila dapat advertorial untuk Mamee Chef Factory Visit. Itulah di antaranya.Tapi untuk #makbanyakanak *macambanyaksangat macam aku ni agak susah nak buat job luar. Bergantung pada keadaan juga. Faham² lah bilah handbag ada 3 ni kan.
Kalau nak ikutkan banyak lagi impian. Tapi cukup lah ni. Cuma aku nak kena tingkatkan lagi ilmu penulisan ni dari masa ke semasa. Gittew lah kisah aku...Impian ku, Seorang Blogger biasa² jer ☺
Note: Impian lain, nak jumpa kawan² blog yang belum pernah bersua muka lagi ☺