The more they play, the more they learn!
Anak² dan
permainan memang tak dapat dipisahkan. Pilih jer mainan apa. Macam² jenis ada
mengikut peringkat umur dan perkembangan mereka. Tapi selalunya kalau bab
permainan anak ni ibu² lah yang selalunya over nak membeli kan. Betul tak?
Mengaku jer sebab aku pon macam tu. Iyerlah…mainan bebudak skang canggih
manggih tak macam jaman kita dulu. Sebab dulu kita tak dapat, maka kita beli
lah untuk anak² supaya kita pon dapat tumpang main sekali
kan…erkkkkk…ekekeke…Ok lah, kang lari tajuk plak. Straight to the point lah.
Dr. Deborah Weber, Head if Infant Research at Fisher-Price® and Leong Mei YIn, Head of Marketing, Mattel Southeast Asia Pte. Ltd. launch Play IQ in Malaysia to help parents discover and track their child's precious early development
Siapa yang
tak kenal dengan jenama Fisher-Price® kan. Sebuah Syarikat pengeluaran mainan
bayi dan kanak-kanak yang terkemuka. Baru2
ni Fisher-Price® telah melancarkan sebuah produk baru yang dinamakan Play IQ
bermula 14 – 17 August 2014 bertempat di Sunway Pyramid.
Dalam
pelancaran itu juga terdapat pelbagai aktiviti yang menyeronokkan telah
disediakan seperti gerai foto, cabutan bertuah, promosi khas bagi alat2 mainan
Fisher-Price® dan yang paling best
adalah ibu bapa yang hadir bagi sesi pembelajaran dapat membawa anak² mereka bermain di ruang permainan yang disediakan. Bestnya. Apa tu Play IQ?
Play IQ adalah satu konsep dan platform Fisher-Price® yang membantu para ibubapa menilai
peringkat perkembangan anak mengikut tiga tunggak utama: Fizikal, Kognitif dan Sosial & Emosional. Dengan mengenal
pasti perkembangan anak mengikut kaedah ini, para ibubapa dapat mempelajari
cara untuk membantu bayi mereka mencapai perkembangan baru disamping mengesan
kemajuan mereka di dalam bidang-bidang ini.
Menarik kan. Tak rasa tertarik nak beli ker? Meh nak tambah tarikan
uols untuk membeli Play IQ nih. Menurut Ketua Jabatan Pemasaran, Mattel
Southeast Asia Pte. Ltd, Leong Mei Yin, “Sesetengah ibubapa mungkin tidak
memahami bagaimana permainan boleh membantu dalam perkembangan anak mereka.
Dengan Play IQ, kami menawarkan suatu konsep dan platform pendidikan yang
menunjukkan bagaimana setiap permainan Fisher-Price® telah direka khusus bagi menepati peringkat dan keperluan
perkembangan anak yang berbeza,”
Betul apa
yang diperkatakan tu. Pemilihan permainan untuk anak² juga adalah sangat
penting untuk perkembangan minda dan tumbesaran anak² kita kan. Banyak kriteria
yang perlu di ambil kira terutama dari segi keselamatan. Selamat ker permainan
ni. Sesuai ker untuk anak² main. Tak susah nak cari permainan anak skarang ni
sebab kebanyakan permainan sudah dibahagikan mengikut peringkat umur yang
sesuai untuk anak bermain. Salah satu jenama produk adalah dari Fisher-Price®
sendiri.
Dalam
pelancaran itu juga terdapat pelbagai aktiviti yang menyeronokkan telah
disediakan seperti gerai foto, cabutan bertuah, promosi khas bagi alat2 mainan
Fisher-Price® dan yang paling best
adalah ibu bapa yang hadir bagi sesi pembelajaran dapat membawa anak² mereka bermain di ruang permainan yang disediakan. Bestnya.
Apa tunggu lagi, dapatkan permainan Fisher-Price® untuk anak2 anda.
Untuk maklumat lanjut mengenai Fisher-Price® Play IQ dan juga aktiviti2
mengenainya, boleh layari www.fisher-price.com/PlayIQ dan www.facebook.com/FisherPriceSEA.
Note: Mainan ni kalau ada anak berderet tak boleh beli satu. Kena beli untuk anak² yang lain juga. Kalau tak memang bergaduh lah jawabnya.