posted from Bloggeroid
Ini lah masalah orang pompuan. Tau bawak kereta ngan tau isi minyak kereta jer. Benda lain memang tak tau. Isi angin tayar pon baru nak belajar. Tapi aku takut kalau nak isi angin tayar. Takut meletup. Ni kes tertengok video orang tu isi angin belon. Sekali meletup ngan dia skali. Aku tak tau lah viseo tipu atau betul Tu yang saiko sampai rasa seram jer nak isi angin. Jadinya kita tunggu en. bos yang tolong. Ok....sambung citer. Ni nak tanye pemandu² wanita. Tau tak transponder chip tu apa? Macam mana rupanya? Meh tengok nih. Sama² belajar.
Ini lah dia. Benda paling penting.
Kat dalam tu lah tempat dia duduk
Kisahnya. Semalam terbaca blog PB pasal kereta. Teringat kes aku yang masih belum up lagi citer ni kat blog. Biasalah...suma benda nak citer kan. Suka hari aku lah. Kejadian berlaku masa bulan puasa lepas. Nak gi PARAM (Pasar Ramadhan) beli lauk untuk berbuka. Minyak memang dah berkelip² minta di isi. Tapi aku budget lepas gi PARAM baru nak isi minyak.
Dah beli barang suma. Nak balik ke pangkal jalan lah ni. Nak bukak posa kan. Bila nak start enjin keta tak boleh. Dah sudah....ko dah kenapa keta. Banyak kali start pon tak boleh. Suma benda kat dashboard tu menyala. Aku ingatkan minyak dah habis langsung sebab kluar sign gambar minyak dalam teko tu. Tapi tak mungkin lah. Relax...pada hal dah cuak hokay. Try lagi skali start enjin....ppffttttt...tak boleh jugak. Nak buat macam mana nih? Qhalif masih kat nursery. Call en. bos, masuk voice mail plak. Call owner taska, tak jawab. Adoiiii...Call plak cikgu nursery. Minta tolong amik. Husband dia plak tak balik lagi. Time kecemasan macam ni boleh plak memasing tak dapat nak di hubungi. Dugaan...dugaan dibulan puasa.
Pastu pesan kat cikgu nursery kalau en. bos datang amik qhalis ker kan, soh bagitau yg ibu qhalif ni dah tersadai sebab keta tak boleh start. Aku dah tak tau nak buat apa. Dengan muka selamba dan tak tau malu, aku paggil beberapa orang brader untuk tengok² kan keta. Memasing check. Suma ok. Enjin pon ok. Dorang pon tak tau apa puncanya. Tak per lah. Di sudahi ucapan terima kasih lah buat mereka. Siap tanya dok mana nak tolong hantarkan. Tak per...tak per...
Kebetulan banyak kedai keta area situ. Konon nak minta tengokkan keta. Huurrmmmm...memasing ke busy an. Nak raya masa tu. Banyak keta yang nak di service. Tak per lah. Tak lama lepas tu cikgu nursery call. En. bos on the way kat tempat aku tersadai ni. Nasib lah dia balik awal. Lega rasanya sebab penyelamat dah sampai.
Dia check². Tak der apa masalah pon. Mungkin minyak habis kot. Pergi lah beli minyak. Isi dalam botol. Nak menuang sikit punya susah. Pakai botol kan. Dah isi minyak pon masih tak boleh start. Mulalah bertukar jadi Detective Conan kan. Cari punca masalah. Dibeleknya kunci. Ok...dah dapat puncanya. Rupanya Chip Transponder dalam remote alarm keta ni dah tercicir. Jadinya...Detective conan mula mencari. Jumpa pon. Tercicir dalam keta..pphewwwww...Macam mana boleh tercicir? Meh tengok rupa kunci keta:
Ko tengok tu. Ber sellotape kunci tu. Orang ganas memang macam ni. Sampai terbelah kepala kunci tu. Asal nya memang terbuka masa sebelum kejadian tu. Tak tau plak chip tu tercicir. Nasib baik tercicir dalam kereta. Buatnya tercicir atas jalan raya? Mau kena towing keta tu.
Sila amik perhatian yerp. Kalau kunci keta uols dah jadi macam kunci keta aku nih. Pastikan isi dalam nya cukup. Pastikan cip 'IMMOBILIZER' tidak tertanggal atau hilang. Sebab kalau hilang, anda tidak akan dapat menghidupkan enjin kereta. Apa itu IMMOBILIZER?
Immobilizer Keys adalah sebuah sistem manajemen mesin di dalam ECU(Electronic Control Unit/komputer yang mengatur system mobil) yang dapat mengenali singnal yang dikirimkan dari kunci. Hal ini melibatkan penempatan sebuah microchip di kepala kuncinya, dimana chip tersebut adalah sebuah transmitter dan receiver mini. Apabila sinyal tidak dikenali, maka ECU tidak mengirimkan arus sehingga mesin tidak dapat dinyalakan.
Sumber: [SINI] dan [SINI] *bahasa indon sebab aku tak jumpa dalam website BM ☺
Itu lah kisahnya. Pengalaman aku dan kereta. Panjang berjela plak. Next time kalau keta tak boleh start, check apa masalahnya. Kalau semua ok, cuba tengok transponder chip tu. Mungkin rosak atau tercicir.
Note: Banyak gak perihal yg berlaku antara aku dengan kereta nih.
Abaikan lah muka ustaz qhalif yang cheeky ni. Jelas terpancar dua pusar kat kepala tu.
Apa yang anda perasan dalam gambar diatas? Alaaaa...soalan tak thrill langsung. Dah terang² si ustaz qhalif pakai baju terbalik kan...muahahaha...Itu lah tips nya kalau tak nak bagi anak anda bukak baju. Pakaikan baju secara terbalik. Memang tak boleh lah dia nak bukak. Tapi kalau baju berbutang lah. Kalau baju t-shirt tu tak dapek den nak nolong sebab qhalif ni kalau pakai t-shirt elok jer. Kalau pakai baju berbutang memang kerjanya buka butang baju...ppfftttt...motor skill kot.
Ni last week punya citer. Masa amik kat nursery. Nampak jer budak dua pusar si ustaz qhalif ni aku dah tergelak². Apa lah fashion ko dik pakai baju terbalik nih. Dan aku dah agak ni mesti sebab budak ni suka bukak baju. Sebab bebudak pengasuh tu mengadu yang si qhalif suka bukak baju. Tu yang cikgu pakaikan baju macam tu. Bukan bukak baju jer, lately ni suka bukak seluar ngan pampers skali. Kat umah pon sama. Ada sekali tu, cikgu pengasuh citer, dia gi bukak pampers siap dengan bahan kumbahan...ppfftttt...tak senunuh ko tau dik. Sianlah kat cikgu. Aku siap pesan kalau qhalif buat pe'el, rotan jer dia *cakap berseloroh. Ko tau cikgu pengasuh cakap apa? 'alaaa...tak per kak, bebudak biasalah'. Bagus3x...hehehe...Nampak sangat ibu ko yang selalu rotan ko kan dik...kihkihkih...rotan² manja gittew.
Ok...tu baru 1st tips. Tips kedua kalau anak suka bukak baju. Senang jer, tak payah pakaikan dia baju...muahahaha...Penjimatan tenaga jugak sebab tak payah nak basuh baju banyak² kan.
Tak tau lah bila nak start potty train qhalif nih. Sebab dia dah menunjukkan ciri² tak nak pakai pampers. Ada juga lah weekend ajar dia. Tapi gitu² jer lah. Asal tanya nak kencing ker tak. Menggeleng. Bila tak tanya, Dah kebasahan seluar dia. Memang menguji mental dan fizikal betul lah. Kalau ikut kakak Qahirah, [3 tahun dah tak pakai pampers lagi] and dah pandai basuh yak sendiri. Tak per dik, nanti kita cuba lagi yerp.
Note: Lain anak lain ragamnya...hurmmmm...
Sana sini nampak longan ngan cempedak. Dedua buah feveret. Buah cempedak tu sekilo RM6.00. Isi memang banyak, besar² dan cantik. Memang puas makan lah. Kalau beli kat luar 5 biji tu sampai tiga hinggit orang jual ko. Buah cempedak ni memang aku tak boleh makan bebanyak. Sebab angin. Kalau makan mulalah angin sana sini. Tapi kepala tak berangin lah yerp. Angin pon angin lah. Aku bedal jer sebab sedap. Alaaaaa...ubat kan ada *ayat cliche.
Buah longan ni plak beli kat pasar malam. Tiap kali gi pasar malam mesti beli. Sekilo RM5.00. Buahnya besar², cantik, manis dan sedap sangat. Sekali hadap jer ni kalau beli. Bukan aku jer suka. En. bos ngan anak² pon suka. Kalau dapat makan sejuk²....perghhhh...nikmat. Tapi selalu tak sempat masuk freezer sebab sekejapan dah habis. Buah longan ni pon milk booster gak tau. Tapi bergantung pada orang gak. Ada yang makan buah longan susu dia banyak. Ada jugak yang tak. Tapi macam aku buah longan ni memang serasi. Meriah hasil lepas makan.
Note: Sakit gigi. Okbai!