Esok merupakan Hari Berkabung Malaysia sempena ketibaan jenazah mangsa² MH17 yang terlibat dalam tragedi yang menyanyat hati pada 17 Julai lalu di Ukraine. Semakin dekat semakin terasa kesedihannya. Lebih² lagi bila tengok kat tv, dengan background music nya dan juga dengar Hotfm pagi tadi. Esok mau ada yang meleleh air mata nih.
Antara senarai jenazah² MH17 yang akan tiba esok. Selamat kembali ke tanah air tercinta. Sesungguhnya kami ternanti² kepulangan kamu walaupon ianya di iringi dengan linangan air mata. Ya! allah...sedihnya. Semoga ahli keluarga yang terlibat tabah dan terus kuat untuk mengharungi dugaan yang telah di tentukan olehNYA. AL-FATIHAH buat mereka. Semoga kalian tenang di SANA dan semoga ditempatkan dikalangan orang² yang beriman.
Untuk orang ramai yang ingin sama² menyaksikan ketibaan jenazah² MH17, bolehlah hadir dan berkumpul di luar Kompleks Bunga Raya, KLIA. Upacara bertafakur serentak di seluruh negara juga akan dilakukan di antara jam 10.45 pagi dan 11.15 pagi selama seminit. Semoga urusan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNYA. Inshaa'allah.
Note: Even tiada ahli keluarga yang terlibat. Tapi sebagai rakyat Malaysia, tetap terasa kesedihannya.