Iyer...setiap daripada kita tak terlepas dari ujian dan dugaan. Macam mana kita nak hadapi ujian tersebut terletak ditangan kita. Kalau kita memilih untuk menyelesaikannya dengan cara yang salah, maka hasilnya boleh jadi akan merosakkan diri sendiri. Tapi kalau kita memilih untuk menyelesaikan masalah kita dengan cara yang betul, Inshaa'allah akan dipermudahkan olehNYA.
Buku yang sedang aku baca skang ni dan juga menambah koleksi buku yang sedia ada. Membarakan jiwa dan minda. Buku yang macam ada magnet yang membuatkan aku tertarik nak membeli dan memilikinya. Membaca isi kandungan pon dah best apatah lagi bila membaca keseluruhan isi kandungannya. Tak habis baca lagi ni. Biasalah kan, bila baca novel cepat jer habisnya. Tapi bila baca buku² ilmiah macam ni memang banyak dugaan nak menghabiskannya. Memang Syaiton nirrojim punya keja kan. Erkkkk....nak salahkan syaiton plak ko kan...hehehe...Antara bait² yang terkesan di hati ini:
'Hakikatnya, dunia tidak pernah sunyi dengan mereka yang bermandi air mata dalam menghadapi ujian. Perit, jerih dan pedih terpaksa dikesampingkan malah terus gagah melayari kehidupan walau diri dihimpit ujian. Kekuatan diri itu pasti berpunca daripada keyakinan bahawa ALLAH tidak pernah meminggirkan kesabaran setiap hambaNYA. Ujian yang dilalui bukanlah sia²'
Dan juga ini.
Tapi sebenarnya banyak bait² yang sangat terkesan. Takkan nak tepek semua kan. Kalau nak tau silalah beli buku ni. Memang best. Sesuai untuk semua lapisan tak kiralah yang sedang bermasalah atau pon tak. Memang tak rugi beli.
Bertabahlah buat mereka yang sedang diuji olehNYA. Kerana sabar itu indah dan kerana sabar itu cantik. Itu tanda kasih sayangNYA kepada kita supaya kita tidak melupakanNYA. Alarm untuk memberi kesedaran pada kita supaya kita tidak terus leka. Mempercayai bahawa ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Kita tidak berseorangan dalam menghadapi ujian sebab kita ada DIA. EVERYTIME, ANYTIME, EVERYWHERE and NO WAITING LIST. DIA sentiasa ada untuk kita. Cewaaaahhhhh...bila ustajah dah mula berbicara.
Disclaimer: Entry ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa. Just pendapat dan ulasan aku mengenai buku ini sahaja. Benda yang bagus harus dikongsi. Fullstop!!!
Note: Hati orang, kita tak tau kan. Niat kita lain. Yang disalahtafsirkan lain. Beware saja dengan apa yang ada disekeliling kita. Jaga²...ada yang memerhati.