Project Kuih Raya 2014 dah start kekdahnya. Hari jumaat last week kan aku EL sebab anak dara tu sakit mata. Amik anak dara terus gi kedai Yummies kat Bangi, beli barang² nak buat Florentine ni lah. Memula gi kedai bakery Makcik. Nak survey harga dulu. Pastu gi Yummies plak. Juat for your info, tepung Florentine kat yummies sangat murah. RM15.90 untuk 500 gm. Kalau kat kedai Makcik RM19.00. Kena pandai survey harga juga yerp.
Mempersembahkan...cewahhhh...my Florentine cookies @ Krunchy Karamel Almond homemade dengan penuh kasih sayang. Pepagi lepas sahur aku dah membakar. Kemain excited ko. Memang senang sangat nak buat. Tak perlu mixer, tak perlu telur dan tak perlu mentega. Hanya tepung dan kekacang sahaja. Rasanya memang sedap tak hingat. Meh amik resipi nih:
FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND
Rujukan : Kak Patmah Aspar 200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam
Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna
Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.
Senang kan. Resipi ni aku amik dari blog [azlitamasammanis.com]. Orang yang keras tangan tak pernah buat kuih pon boleh buat nih. Kalau beli sebekas RM28.00 - RM30.00 kot. Tapi kalau buat sendiri dapat berbekas². Aku buat dapat 3 bekas. Tapi sebekas dah habis buat kudapan sebab sedap betul mengunyah...dengan kerangupan nya lagi.
Total kos untuk Florentine Cookies ni:
TEPUNG FLORENTINE RM15.90. BADAM KEPING (250 GM) RM12.50. KUACI (250 GM) RM7.50 DAN BIJAN HITAM (100 GM) RM4.50 = RM40.40 DAPAT 3 BEKAS FLORENTINE COOKIES
Jimat kan. Penjimatan berganda. Kalau nak lagi jimat, ko potong kecik². Lagi berganda² jimatnya. Boleh dapat lebih dari 3 bekas kot...muahahahaha...Dah macam kedekut plak nak potong kecik² kan....hehehe....
Note: Next project kuih raya...cornflakes madu.