Phewwwww...ramai betul orang kat pejabat pos harini. Lama gak lah beratur. Dekat 30 minit. Penat #makbanyakanak ni tau. Kaunter ada 4. Tapi yang bukaknya 2 sajork. Tetiba ternampak banner pasal lesen memandu baharu boleh renew kat pejabat pos. Pastu aku pon mula lah belek balik document yang diperlukan. Erkkkk...apsal lesen expired tahun 2013 nih? Mana lesen yang dah expired 2014??? Ok...aku dah cuak.
Dok fikir² balik. Ada ker aku renew last year? Cari² lagi kat dalam wallet. Tahun² sebelum ni ada. Tapi tahun ni yg sepatutnya expired nan hado. Sah....memang SETAHUN aku tak renew lesen memandu...ppfftttttt...Kelupaan tahap maksima dah ni.
Gambar tu crop yer. Sebab gambar IC tak berapa nak cantik ☺
Sampai kat kaunter dia minta lesen yang dah expired. Aku cakap apa tau "Entahlah...tak jumpa plak. Yang dah expired tahun 2013 ni ada lah". Sekali dia check dalam system. Memang tak der pon sebab tak renew...hehehehe...Pada hal dah tau tak renew lesen. Nak cover sebenarnya.
Memang careless betul lah. Alhamdulillah sebab dalam tempoh setahun ni tak pernah kena tahan dengan abang polisi dan JPJ lagi. Saman pon dah check. Memang aku pemandu yang berhemah sebab tak der saman...alhamdulillah lagi dan minta dijauhkan lah dari kena saman. Uols....sila check lesen memandu memasing yerp. Bila tarikh luputnya. Jangan jadi macam iols yerp. Dah setahun baru nak renew lesen.
Nak tambah sket. Kalau nak renew lesen baru tu. Make sure gambar IC kasi cun sket. Kalau belum tukar IC baru, silalah tukar. Sebab lesen memandu ni dia amik gambar dari IC. Disebabkan aku masih belum tukar IC baru. Maka redho lah pakai gambar lama...huhuhu...
Nak tambah sket. Kalau nak renew lesen baru tu. Make sure gambar IC kasi cun sket. Kalau belum tukar IC baru, silalah tukar. Sebab lesen memandu ni dia amik gambar dari IC. Disebabkan aku masih belum tukar IC baru. Maka redho lah pakai gambar lama...huhuhu...
Note: 1st time renew lesen sendiri sebenarnya. Sebelum ni En. bos yang buat ☺
Kalau boleh nak tiap² bulan ramadan. Boleh gittew. Bulan kemuliaan kan. Banyak ganjaran plak tu....hehehe...Ni nak citer pasal drama RAMADAN YANG HILANG nih ha.
Ok...meh baca sinopsis citer ni dulu erk.
Farah berkahwin dengan Johan pada usia muda dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aidil. Hubungan mereka renggang sejak Johan berkawan rapat dengan Nadia. Tambahan pula, ibu Johan Mariana tidak menyukai Farah kerana menganggap Farah tidak sepadan dengan anaknya.
Menjelang bulan Ramadan, Farah terkejut apabila mendapat tahu Johan mahu melamar Nadia. Pada mulanya, Farah menyangka akan dimadukan, tetapi sebaliknya. Johan mahu menceraikannya. Farah sedar, mungkin ini balasannya kerana dia mengingkari ibunya Rohani. Rohani juga tidak merestui perkahwinan Farah dengan Johan kerana Johan biadap dengan orang tua.
Pada suatu hari, Johan mencuri kad ATM Farah selepas mengusir Farah dari rumahnya. Apakah yang akan terjadi kepada Farah? Berjayakah Nadia mendesak Farah supaya bercerai dengan Johan? Adakah Johan dan Farah akan bercerai juga? Nantikan jawapannya dalam drama tersebut.
Sumber: [SINI]
Siapa yang tengok citer ni? Aku dah terjebak dah. Jalan citer dia menarik kan. Kalau tengok lagi menarik ko. Boleh membuatkan emosi ko pon terlibat sama. Jadi panas el nino jer hati ni dengan si Johan nih. Dah lah tak keja. Harap duit bini jer. Yang si bini dia ni pon ikut jer lah cakap laki. Cuba lah melawan sikit. Haaaa...ko tengok. Emo dah aku. Ni last week punya citer. Tak sabar nak tunggu sambungan malam nih.
Note: Kejap jer dah 10 Ramadhan kan. Baju raya anak² pon tak beli lagi ni :-(
Hari ini 7 Julai 2014 bersamaan dengan 9 Ramadhan 1435. Bertambah lagi usia diri ini ☺☺
Bagi lah peluang bday girl nak selfie...ekekeke...
Birthday yang ke berapa ni? Biarlah rahsia. Cari sendiri lah yerp...hehehe...Apa ada pada angka yang sememangnya tiap² tahun akan naik. Yang penting wajah iols tak menggambarkan sepertia usia sebenar...cewahhhh...iyer ker..hehe..Sekali sekala up diri sendiri. Bukan hari² pon. Bagi chance lah untuk bday girl ☺☺
Ok lah. Ucapan buat diri sendiri. Alhamdulillah...masih diberikan peluang dariNYA untuk bernafas lagi dimuka bumi ini. Semoga dipanjang kan umur untuk melihat anak² membesar, dimurahkan rezeki dalam kehidupan harian, diberi kesihatan yang baik sepanjang berbakti untuk suami dan anak². Semoga diberkati hidup didunia dan diakhirat, in sha allah. Dan yang paling penting...semoga aku terus diberi kekuatan dan semangat yang tinggi dalam menempuh dugaan dan cabaran dariMU ya! allah. Syukur kerana diberi peluang merasa nikmat bahagia walaupon dugaan datang bertimpa²...Syukur kerana dikelilingi orang² tersayang sebagai penguat semangat dalam menghadapi ujianMU. Terutama sekali dengan kehadiran anak² sebagai kekuatan yang tiada tandingannya.
Note: Bagaimana kau merasa bangga akan dunia yg sementara. Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi meninggalkan dirimu. Dunia dipenuhi dengan hiasan semua dan segala yg ada akan kembali padaNya. Bila waktu telah memanggil teman sejati hanyalah amal bila waktu telah terhenti teman sejati tinggallah sepi...Maafkanlah bila hati. Tak sempurna mencintaiMu. Dalam dada ku harap hanya Dirimu yang bertakhta..