Kalau boleh nak tiap² bulan ramadan. Boleh gittew. Bulan kemuliaan kan. Banyak ganjaran plak tu....hehehe...Ni nak citer pasal drama RAMADAN YANG HILANG nih ha.
Ok...meh baca sinopsis citer ni dulu erk.
Farah berkahwin dengan Johan pada usia muda dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aidil. Hubungan mereka renggang sejak Johan berkawan rapat dengan Nadia. Tambahan pula, ibu Johan Mariana tidak menyukai Farah kerana menganggap Farah tidak sepadan dengan anaknya.
Menjelang bulan Ramadan, Farah terkejut apabila mendapat tahu Johan mahu melamar Nadia. Pada mulanya, Farah menyangka akan dimadukan, tetapi sebaliknya. Johan mahu menceraikannya. Farah sedar, mungkin ini balasannya kerana dia mengingkari ibunya Rohani. Rohani juga tidak merestui perkahwinan Farah dengan Johan kerana Johan biadap dengan orang tua.
Pada suatu hari, Johan mencuri kad ATM Farah selepas mengusir Farah dari rumahnya. Apakah yang akan terjadi kepada Farah? Berjayakah Nadia mendesak Farah supaya bercerai dengan Johan? Adakah Johan dan Farah akan bercerai juga? Nantikan jawapannya dalam drama tersebut.
Sumber: [SINI]
Siapa yang tengok citer ni? Aku dah terjebak dah. Jalan citer dia menarik kan. Kalau tengok lagi menarik ko. Boleh membuatkan emosi ko pon terlibat sama. Jadi panas el nino jer hati ni dengan si Johan nih. Dah lah tak keja. Harap duit bini jer. Yang si bini dia ni pon ikut jer lah cakap laki. Cuba lah melawan sikit. Haaaa...ko tengok. Emo dah aku. Ni last week punya citer. Tak sabar nak tunggu sambungan malam nih.
Note: Kejap jer dah 10 Ramadhan kan. Baju raya anak² pon tak beli lagi ni :-(