Aku tau bukan aku sorang jer yang ada penyakit nih. Uols pon ada jugak kan. Tak yah nak mengelat yerp. Kekadang rasa penat dengan penyakit nih. Penat dan risau memikir kan apa yang aku buat tadi aku dah sudahkan dengan cara yang betul atau tak. Contohnya:
Gosok baju. Ni memang penyakit biasa aku lupa nak tutup suis Boleh baca kat [SINI]. Bila dah kluar rumah tu dok memikir apa yang aku tak buat lagi? Suis iron dah tutup ker? Dah kunci umah gi masuk balik check padahal sebenar nya dah cabut wayar pon. Cisssss...Sama jugak dengan aktiviti² harian lain yang selalu mendatangkan was² pada aku. Paip air dah tutup ker belum. Freezer tu betul² rapat ker sebab si ustaz Qhalif tu kan suka main bukak katup freezer. Kipas bilik ngan lampu tadi dah tutup ker? Ni dah kluar rumah ni. Ko masih fikir benda² macam tu. Tak puas hati aku masuk balik check semuanya.
Kalau on the way dah gi kerja tetiba teringat....haaaaaa....memang nahas lah jawabnya. Dok puas memikir dalam keta dah tutup ker suma benda kat umah tu...dah tutup ker belum ni...Risau tahap langit ketujuh dibuatnya. End up...ahhhhh...lantaklah. Tawakal semoga allah lindungi semuanya. Ada lagi ni *banyak betul was² ko kan jot. Bila dah parking keta. Ko dah jalan jauh ni. Tetiba datang penyakit was²...erkkkk...dah tekan ker belum alarm keta nih? Kang hilang keta apa aku nak menjawab ngan tuan punya keta? Haaaaa...gittewlah kisah penyakit was² aku. Ni aku jumpa info pasal OCD @ penyakit was²:
Dalam perubatan, terdapat sejenis penyakit yang dapat menerangkan penyakit was was yang dialami oleh sebahagian masyarakat di seluruh dunia. Penyakit ini dipanggil Obsessive Compulsive Disorder (OCD)
Obsess = menghantui/obsesi (pemikiran yang selalu menghantui atau bermain di minda seseorang)
Compulsion = kewajipan (rasa perlunya melakukan sesuatu, jika tak dilakukan akan merasa resah)
Antara tanda tanda seseorang itu mengalami masalah OCD ialah:
- Selalu risau tentang sesuatu (seperti risau tangan kotor atau dijangkiti bakteria)
- Rasa perlunya melakukan sesuatu untuk menghilangkan kerisauan itu seperti dengan mencuci tangan berulang kali walaupun tidak kotor.
- Merasa tidak senang sekiranya tidak melakukan ritual membasuh tangan tersebut
- Menutup pintu berulang ulang kali
- Selalu ragu ragu adakah oven atau laptop sudah ditutup dan adakah pintu rumah sudah dikunci dan selalu berulang kali meng-cek samada pintu sudah dikunci. * aku lah ni
- Membuka lampu dan menutupnya berulang kali
- Suka mengira sesuatu dan mengambil masa yang lama untuk mengiranya.
- Menyusun alatan atau mengemas rumah mengambil masa yang lama untuk memastikan susunan adalah tepat dan tidak bengkok.
Orang yang mengalami penyakit ini biasanya tahu bahawa dia mempunyai pemikiran yang tidak sihat dan kerisauan yang tidak logik. Namun walaupun menyedarinya, dia tidak mampu menolak kerisauan tersebut. Orang yang mempunyai masalah OCD biasanya cuba melawan perasaan was was yang dirasakan sehinggakan menyebabkan pesakit OCD merasakan tertekan.
Boleh baca kat [SINI] untuk lebih detail. Ada juga jawapan dari Prof. Dato' Dr. Maza di [SINI]. Selamat membaca.
Note: Tapi penyakit was² aku ni masih terkawal. Belum tahap kronik lagi. Minta dijauhkan...Na'uzubillah..