Salam 2 Ramadhan semua. Harini ni tak der gambar tayang lauk pauk dibulan ramadhan. Tak der story gi solat terawih, done tahajjud, done solat subuh, done sahur dan yang sewaktu dengannya. Biarlah semua amalan² ni hanya kita dan ALLAH jer yang tahu yerp. Ni nak sharing dari Usrah @ TV9 Dihatiku yang iols dengar pagi semalam.
Berkaitan dengan ABC = Allah Bagi Cuti ni lah. Semestinya lah untuk orang perempuan kan. Yang tetiap bulan dapat ABC. Tapi kan, orang lelaki pon ada ABC nya juga. Nak jugak macam orang pompuan kan. Tapi lagi teruk, acaner tu? Ini ustazah yang kata. Bukan iols suka suki mereka cerita hokey.
Menurut ustazah. Bila kita ABC, banyak masa yang kita ada. Kita tak boleh lah rasa happy sebab tak boleh nak solat. Pastu gi shopping complex menghabiskan masa kat sana. Banyak benda yang kita boleh buat sebenarnya. Antaranya...BERZIKIR, BERSELAWAT, BERSEDEKAH, MEMBACA KITAB²/BUKU² AGAMA dan juga BUAT AMAL KEBAJIKAN. Contohnya gi surau, bersihkan surau atau tolong basuh telekung² wakaf ker. Hargailah masa semasa ABC - ALLAH BAGI CUTI. Guna masa bercuti untuk baca buku² agama untuk menambah ilmu keagamaan. Bukan baca novel yerp *akulahtu.
Rebutlah pahala semasa CUTI. Uzur/Cuti bukan halangan untuk beribadah kepada allah. Nak seribu daya tak nak seribu dalih kan. Yang penting semasa CUTI, jaga kebersihan diri. Untuk para SUAMI pula hargailah ISTERI semasa mereka CUTI. Jangan rasa semacam/jijik bila Isteri sedang CUTI *mungkin ada suami macam ni kot*.
KALAU KITA TERHALANG UNTUK MELAKUKAN SOLAT. TAPI KITA TAK TERHALANG UNTUK MENGINGATI ALLAH DENGAN CARA BERTASBIH, BERZIKIR DAN BERTAHMID KEPADA ALLAH. Renug² kan lah.
Note: Pesanan buat diri sendiri juga. Berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga, tapi nafsu pon kena berpuasa juga. Mulut, Lidah, Hati, Mata dan juga Telinga. DIAM adalah lebih baik.