Mana tak selekehnya. Meninggalkan kesan gam² yang melekar dan susah nak tanggal tu. Puas aku tenyeh. Tapi tak nak tanggal gak. Dah lah nak kena mengopek satu². Macam dalam gambar ni lah. Stress haku sampai sakit ibu jari dok mengopek.
Ini lah hasilnya selepas habis suma dikopek. Masih nampak lagi kesannya. Dah malas aku nak menyental. Dengan air sabun tak jalan. Sental dengan baby oil pon tak jalan gak. Ingatkan bila dah berjemur tengah² panas tu gam akan mencair dan senang nak menyental. Hurmmmm...tak der maknanya. Jadinya...kita tampal jer lah. Tapi kaedah menampal kalil ni aku ikut kaedah yang senang untuk masa akan datang bila nak tukar road tax nanti.
Lebih kurang macam ni lah aku buat tadi. Tapi lagi detail sket. Biar nampak kemas. Orang pompuan dan kekemasan kan tak dapat dipisahkan. Ok...ni ada tips macam mana nak tanggalkan road tax dengan mudah.
Menggunakan Hot air tool atau kalau tak ade boleh guna hair drayer.. Salai sticker road tax agak suam-suam nak bagi gam cair dulu. Lepas tu,bolehlah tanggalkan sticker road tax dgn perlahan-lahan.
Cara Kedua:
Sebelum nak tanggalkan road tax kat cermin kereta anda. Silalah jemur kereta anda kat tengah panas dulu dalam 1 jam ke nak bagi gam dia cair dulu agaknya. Lepas tu, dengan berhati² bolehlah tanggalkan dengan perlahan-lahan. InsyaAllah takde masalah punya
Tips nak hilangkan sisa gam Road Tax lama
Cara mudah. Spraykan WD-40 dulu di sekeliling sticker road tax sebelum menanggalkannya.Lepas itu,tanggalkan sticker tu dan tarik perlahan-lahan sehingga semua bahagian sticker dapat ditanggalkan sepenuhnya.
Jika masih terdapat kesan gam pada cermin,Spray sekali lagi WD-40 pada kesan gam tersebut dan biarkan beberapa minit.Tenyeh-tenyeh dengan kain bersih.
Cara Nak Tanggalkan Sisa Gam Roadtax ( cermin bertinted)
kalau cermin tinted pakai minyak, alkohol atau sepirit, paraffin dan tenyeh la sesedap rasa tp jgn guna pisau atau benda tajam, hati-2 sbb mungkin bley rosakkan plastic tinted tu, dan jgn guna petrol sbb ia mungkin boleh rosakkan plastic tinted tu jugak. Ade orang buat dengan cara tenyeh-tenyeh gam tersebut guna minyak wangi perfume, minyak masak, baby oil atau spray label off 50... bahan ni juga tidak memudaratkan plastik tinted kereta korang..
Cara Mudah tanggalkan sisa gam Roadtax ( cermin tanpa tinted)
kalau cermin tak tinted, pakai minyak dan kikis dgn pisau lipat ajerr...pastu sisa gam genyeh pakai petrol, diesel, thinner minyak zippo. Pastu sapu balik cermin tu ngan kain bersih.... abis citer.. Tapi kalau sisa tu degil susah sangat nak tanggal lagi korang cari Adhesive Remover atau Window Tint off remover. Yang ni power, cuma boleh guna kalau kereta tu tak bertinted lah.
Aku jumpa tips² ni pon sebab nak cari petua macam mana nak tanggalkan kesan pelekat keta ni lah. Boleh refer [SINI] untuk lebih lanjut. Ada ditunjukkan skali cara² macam mana nak lekat road tax keta nih.
Note: Selamat dah tampal road tax baru. Dekat 2 minggu tak tampal.