posted from Bloggeroid
posted from Bloggeroid
Sanggup beli baju yang design nya sama lebih daripada sehelai. Tapi color lain² lah khenn. Tak tau lah kenapa aku berkenan sangat dengan Francine blouse Poplook nih, Color pon cantik². Yang penting, baju labuh menutup vontot.
Cepat sangat habis baju nih. Baru launching dah sold out. Ko kena bersiap sedia depan PC and klik cepat². Kalau tak memang melepas lah. So far aku dah ada 3 pasang blouse nih. Memandang kan permintaan Francine blouse yang tinggi. Sama macam Halley blouse dulu. Poplook ada buat backorder. Tapi tu lah. Ko kena tunggu lama sket. Kalau tak, hari ni order esok ko dah dapat bajunya. Ni bulan Julai nanti baru dapat. Tak per lah, bertabahlah aku menunggu.
Aku dan Francine blouse Yellow.
Aku dan Francine blouse Green
Cuma aku dan Francine blouse Royal Blue jer tak sempat nak bergambar lagi...hehehe...Kain nya pon best dan mudah digosok. Cuma ada color yang ko kena pakai inner macam color kuning tu. Gittew lah kisah aku dan blouse. kalau ada yang berkenan, bley lah gi website Poplook dot com. Backorder closes on Monday @ 12.00 pm. Sekian pesanan khidmat dari seorang peminat tegar Francine dan Halley chiffon Blouse.
Note: Aku memang seorang yang jarang nak beli baju. Sebab asal nak beli baju jer, pastu ternampak baju budak, aku dah meroyan. Jadinya...baju anak² jadi keutamaan. Untuk si ibu, dapat shopping baju 3 - 5 bulan sekali pon jadi lah. Bley caya ker nih...ekekeke...Silalah percaya.
Betul lah bak kata pepatah 'Tak kenal maka tak Cinta'. Yer dop. Dulu aku cukup tak suka dengan daging kambing. Dengar daging kambing jer aku allergy. Pada hal rasa pon tak pernah. Bila isyarat dalam kepala tu menghantar signal yang daging kambing tu tak sedap dan bau hanyir, Sedap macam mana pon aku tak makan even orang paksa soh makan sebab sedap.
Tapi kan, bila buat pertama kalinya aku mula makan daging kambing, Ya! allah...sedap rupanya yerp. Tu pon atas paksaan member office, ZUE. Daging kambing dari Hj Hamzah catering. Memang sedap nak mamps. Daging lembut dan tak der bau kambing langsung. Kalau kat office ni ada event and panggil catering hj hamzah ni memang aku akan tapau lauk kambing dia.
Skang ni aku dah kemaruk dengan daging kambing. Dah tak heran ngan daging lembu dah. Lamb chop, kari kambing, nasi goreng kambing...perghhhhh...sendiri taip sendiri kecur ailio. 1st time makan nasi goreng kambing kat Ramal Junction Food Court, sedap wei. Tak cukup sepinggan rasanya. Dasar kuat makan khenn. Tak padan ngan badan jecik...ahaks...
Banyak khasiat daging kambing ni kan. Antaranya...daging kambing ni baik untuk kesihatan jantung rupanya. Meh baca nih;
KUALA LUMPUR - Entah mengapa ramai kalangan kita memilih untuk menolak sajian daging kambing yang sering dipersalahkan sebagai penyebab masalah kolestrol dan darah tinggi yang kemudian membawa kepada penyakit jantung.
Sedangkan pada masa kini, kambing merangkumi 63 peratus daging yang dimakan di seluruh dunia, termasuk menjadi sumber protein utama di banyak negara Arab dan Afrika Utara, selain penting di rantau Asia Tenggara, kepulauan Caribbean dan kawasan tropika yang lain.
Di Barat pula, daging kambing makin mendapat publisiti meluas sebagai sumber protein yang lebih menyihatkan berbanding daging lembu, malah terdapat kajian yang menyatakan ia lebih sesuai untuk dimakan oleh penghidap masalah berkaitan jantung.
Kumpulan penyelidik dari Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama (Alabama Cooperative Extension System-ACES) yang terdiri daripada Universiti Alabama dan Universiti Auburn misalnya, turut mengadakan program pendidikan awam yang mempromosi daging kambing sebagai makanan yang lebih sihat.

Gittew lah kisahnya. Kalau dah baca lagi klik jer kat tajuk tu. Ni sebahagiannya saja sebab artikel tu panjang sangat. Kesimpulannya...Jom makan kambing...muahahaha...
Note: Pasal kambing pon boleh jadi entry...ekekeke...