Situasi lebih kurang macam dalam gambar ni. Tapi bukan kat Shopping Complex, kejadian kat parking office. Masa nak balik petang smalam. Boleh lupa ingatan plak aku. Iyerlah....aku posa ganti smalam. Tu yang mamai sket kot.
Boleh plak lupa time lunch smalam aku balik umah. Amik Iman Hakimi dari skolah. Si suami tak dapat balik sebab valve...ntah apakebendanya *kes catu air* tak bukak lagi sebab hujan. Jadinya tugas aku lah gi amik anak bujang tu. Double penat gak lah aku smalam.
Balik office, tempat parking keta aku tu dah di ambil. Parking lah kat tempat lain. Masa nak balik tu aku menonong jer gi kat keta tempat aku parking pagi tu tanpa aku sedar yang aku parking kat tempat lain. Dah lah keta yang sama parking kat situ. On the way nak ke keta tu tekanlah alarm...Ekkkk...apsal bunyi alarm ni kat tempat lain? Tengok balik kat keta tu. Mata terpandang kat no plate keta. Cisssssss...salah keta. Pak guard dah pandang². Nasib member² office tak der time tu. Kalau tak memang malu lah wei.
Masuk jer keta aku dah gelak sorang²...Membayang kan macam mana aku boleh lupa tempat parking keta sendiri...sengal...hahaha...
Note: Alhamdulillah....anak dara nan sorang tu ok. Tak de muntah².
Nampak tak apa yang aku cuba nak sampaikan...hehehe...Sebelum tu nak tanya soalan cepu mas. Uols kalau basuh baju kerja suami, duit dalam poket seluar/baju tu uols simpan ker atau bagi balik kat suami? Haaaa...sila mengaku cepat...Uols amik khennn...Ker kalau duit beso² simpan. Duit kecik² bagi balik...ekekeke...
Biasalah...klo nak basuh baju kerja suami, even baju kita sekali pon, mesti nak check dulu harta karun dalam poket tu kan, Macam aku ni suka letak tisu dalam poket. Macam si suami plak suka letak cotton bud dalam poket *bocor rahsia. Kalau terlepas pandang, memang ngan tisu² skali lah aku mesin. Pastu putih² baju seluar dalam mesin tu dek kerana melekat tisu² yang di basuh skali...ppfftttt...
Bukan tisu ngan cotton bud jer, dengan duit² skali kena mesin. Pada hal dah double check. Pasal duit dalam poket seluar/baju. Aku cakap terus terang...memang aku amik...hahaha...Tapi aku letak dalam tabung khas. Haaaa...curlass ko jot. Siap ada tabung khas tu. Kiranya tabung basuh baju lah. Kalau jumpa duit jer, terus letak dalam tabung. Kekadang duit biru, kekadang duit hijau dan kekadang duit merah. Tapi tak pernah lagi lah jumpa duit ungu. Kalau duit ungu memang selamat masuk poket aku lah...hahaha...tipu jer. Kena lah tanya si suami dulu. Sebab duit beso khenn.
Duit tabung basuh baju ni kalau sesak² boleh lah aku pakai. Buat belanja anak skolah kalau tak der duit kecik ker kan. Buat top up duit minyak kalau duit dalam bank tak cucuk lagi. Sorry yer abam sayam. Halalkan lah duit tabung basuh baju tu untuk kegunaan sayangmu ini yerp. Abam sayam pon tak pernah tanya mana duit dalam poket seluar.baju dia...ekekeke...
Note: Dalam kerisauan dan kesedihan. Pagi tadi hantar kimi, Tinggalkan anak dara tu sebab dia tido lagi. Sampai jer rumah tgk qahirah tgh nangis. Sakit kepala katanya. AKu tanya kenapa? Jatuh dalam bilik air...uuwwaaaaaa....jatuh masa nak buang air lah tu. Ibu minta maaf kakak. Kakak tido. Ibu kejut susah sgt nak bangun. Check kepala tak der benjol. Tapi kerisauan tu tetap ada. Takut dia ada muntah² ker. Harap tak apa² anak dara aku nan sorang tu. Wassup kat penhasuh nursery tak reply plak...huhuhu...Bz agaknya.
Masa tengah drive jer lah. Masa² lain tak der lah berkaki ayam. Masih waras lagi aku nih. Dan rasanya ramai pemandu² wanita kat luar sana tu satu spesis dengan aku khenn. Sila mengaku cepat...hehehe...Ntahlah...rasa macam tak selesa jer bila pakai kasut time driving nih. Rasa macam tak best bila kaki tu tak dapat nak rasa clutch ngan break. Tapi masa belajar memandu dulu, ok plak pakai kasut.
Pastu bila jalan sesak nak mamps tak bergerak, mulalah tarik hand break dok bersila. Tak pon bersila sebelah kaki. Biasalah...orang memandu keta manual khenn. Kena gak merehatkan otot² kaki bila berlalu kesesakan lalu lintas yang tak terjangka ni.
Note: Ini bukan entry tohmahan, mengaibkan, menfitnah dan yang sewaktu dengannya kan...kan...kannn.