Dari catuan peringkat pertama sampailah peringkat ketiga. Kawasan Bangi dan sewaktu dengannya terselamat. Tiada dalam senarai. Senyum meleret iols. Sekali bila masuk peringkat ke empat ni. Bangi termasuk plak dalam senarai. Terus termenung. Ok...operasi mencari tong air akan bermula. Untung lah tokei kedai tong. Suka suki naikkan harga kan.
Sebelum ni my dear hubby ada bagitau memang akan ada catuan air peringkat ke empat ni. Dan akan di catu sampai air empangan kembali normal. Effect nya pada aku, my dear hubby kena standby sampai hujung bulan nih. Sian tau. Iols pon kesian gak sebab hari² kena hantar kimi gi skolah. Agak kelam kabut sket lah bila kena handle anak sesorang di waktu pagi kan.
JADUAL CATUAN BEKALAN AIR
- Jadual catuan berdasarkan konsep pembekalan air: setiap zon bergilir-gilir dua (2) hari dapat air dan dua (2) hari tiada air (Zon 1 bergilir dengan Zon 2; Zon 3 bergilir dengan Zon 4) di peringkat masing-masing
- Untuk zon yang dijadualkan ada air, pengguna dijangka mendapat bekalan air pada jam 4 petang pada hari pertama zon tersebut dijadualkan ada air. Bekalan air dijangka berterusan selama kira-kira 41 jam sehingga ditutup semula pada jam 9 pagi 2 hari selepas itu.
- Untuk zon yang yang dijadualkan tiada air, bekalan air kepada pengguna dijangka mula terhenti pada jam 9:00 pagi pada hari pertama zon tersebut dijadualkan tiada air.Tempoh tiada air dijangka selama kira-kira 55 jam sehingga dibuka semula pada jam 4 petang 2 hari selepas itu.
- Oleh kerana perbezaan jarak di antara kolam air dengan setiap premis pengguna; dan perbezaan paras ketinggian kawasan pengguna dengan kolam air, masa sebenarpengguna mendapat bekalan air dijangka berbeza beberapa jam dari masa yang dijadualkan.
Jadinya...kena selesaikan hal² rumah sampai hari sabtu ni. Sebab ikut jadual hari ahad ni Zon 3 start catuan. Kena basuh baju bajan. Kena pesan kat anak² jangan berak....hahaha...gurau jer. Kena pesan jangan main air. Mandi kena ala kadar. Kena beli pinggan dan cawan plastik gak ni. Nak jimat air katakan. Bertabahlah buat mereka yang terlibat termasuklah iols. Biar tak der letrik dari tak der air. Orang yg ada anak² kecik macam aku ni terasa jugak lah.
Note: Sama² lah berdoa supaya air empangan kembali penuh.