Bila kerajinan tahap maksimum tetiba datang ko. Maka terhasil lah Kek yang di beri nama Moist Choc Leleh Lapis Cheese. Pepagi ahad aku dah bangun. Ingatkan nak buat malam sabtu tu. Tapi mata ni dah kuyu sangat. Lupakan lah hasrat tu yerp. Kita buat pagi ahad jer lah.
Ini bahan²nya. Memandang kan aku ni jenis suka kerja yang simple, cepat dan tak memeningkan kepala. Jadinya bahan² untuk kek coklat tu aku beli yang ready made sajork. Cuma campur butter, telur 4 biji dan air...hehehe...aci lah kan. Kalau uols rajin, boleh jer buat sendiri. Aku kan terlebih rajin...ngeee...Ni resipinya:
BAHAN-BAHAN KEK COKLAT:
2 biji telur gred A
1 cawan gula halus
1 camca teh esen vanilla
Secubit garam
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan tepung gandum*
3 camca besar serbuk koko*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh baking powder* (*disatukan dan di ayak)
BAHAN-BAHAN LAPIS CHEESE:
250 gram krim cheese
60 gram gula halus
1 biji telur gred A
1 camca besar air
1 camca besar tepung gandum
CARA MEMBUATNYA:
- Panaskan kukusan. Lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyal. lenser juga kertas tadi. Ketepikan..
- UNTUK KEK COKLAT :- Putar telur dan gula hingga kembang dan pekat, masukkan esen vanilla dan garam, putar rata. Tambah susu cair, minyak jagung dan air panas, putar sebati dengan kelajuan sederhana. Masukkan bahan2 yang diayak sedikit demi sedikit hingga habis, putra rata dan matikan mixer. Bagi kepada 2 bahagian sama banyak. Ketepikan.
- UNTUK LAPISAN KEJU :- Putar krim cheese dan gula hingga sebati dan licin. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Tambah tepung dan air, putar hingga semua sebati dan tidak berbintil2.
- UNTUK KEK COKLAT KUKUS LAPIS CHEESE :- Tuang satu bahagian kek coklat. Ratakan dan tutup permukaan tin dengan aluminium foil. Kukus selama 20 minit, guna api sederhana. Kemudian tuang pula adunan krim cheese, ratakan dan sambung kukus 20 minit lagi. Tuang baki bahagian kek coklat ratakan dan sambung kukus selama 45 minit atau hingga masak (bila anda cucuk dengan lidi sate atau cake tester di bahagian tengah kek dan keluarnya bersih, tanda kek dah masak).
- Sejukkan kek sekejap, kemudian boleh keluarkan dari tin. Biar kek sejuk sepenuhnya atas jaringan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.
Resipi: Amik kat IZAN ISHAK
- Bakar lapisan kek pertama selama 15 minit. Bakar pada suhu 160 C (terpulang pada jenis oven masing-masing)
- tuang adunan cream cheese diatasnya dan bakar selama 15 minit.
- Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan bakar lagi selama 25-30 minit mengikut jenis oven masing-masing.
Inilah hasil kek aku sebelum dan selepas di tabur coklat leleh. Meleleh ailio aku menengoknya...hahaha...Ikut kretiviti memasing lah nak menghias macam mana yerp. Takkan itu pon aku nak ajar kann. Aku bagi 2 versi. Kukus dan bakar. Sebab aku tak beli periuk kukus lagi. Bakar jer lah dalam oven. Pastu kan, acuan kek yang bulat tu pon tak der...sob..sob...Pakai loyang pon boleh jer.
Dan ini rupanya selepas dipotong. Nak jugak tunjukkan hasilnya kan. Iyer lah....kang nnt ada yang tanya macam mana rupa kek coklat lapis cheese ni. Nampak sangat aku tak seni dalam nak amik gambar kan...hahaha...jadi lah. Sebenarnya ni second time aku buat. 1st time dulu memang buruk bebenor rupanya. Malu nak letak dalam blog. Yang 2nd ni ok lah. Menjadi. Practice make perfect katakan. Next time nak try buat kukus plak.
Alhamdulillah...dapat lah bawah setengah potong untuk Mertua. Smalam balik umah PIL (Parent in law). Hantar Iman Hakimi. kat umah atok. Menghabiskan cuti skolah kat sana. Haiisshhhhh...dah start rindu ngan anak bujang ku itu :-(
Note: Best plak membaking ni. Next project nak buat Blueberry Cheese Cake plak. Resipi pon simple jer.