Ok...ni nak share satu aplikasi terbaik untuk tau waktu² solat mengikut kawasan. Tak tau lah uols memang dah tau pasal aplikasi ni atau aku yang ketinggalan jaman baru nak tau pasal benda ni...ahaks...Tapi nak share jugak kalau ada yang belum tau. Aku kata ianya terbaik sebab apa tau:
Sudah semestinya lah disertakan waktu² solat pukul berapa kan. Yang bestnya, waktu solatnya automatik mengikut kawasan. Contohnya...aku skang kat Cyberjaya, bila balik umah, ianya akan bertukar kawasan Bangi/Kajang. Dan bestnya:
Akan ada notification bila nak masuk waktu solat. Dalam pada nak tunggu azan tu, akan berkumandang alunan ayat² al-quran. .Bila masuk jer waktu, berkumandanglah azan dengan doa selepas azan nya sekali. Bukan tu jer tau, siap dengan terjemahan hadis skali. Haaa...best kan. Lagi,,dan lagi...dan lagi best:
Ada notification juga untuk solat Dhuha. Macam biasa, dalam masa menunggu masuknya waktu sunat Dhuha, akan berkumandang alunan Doa Dhuha dari kumpulan nasyid UNIC tu. Terpulang lah kalau nak dengar sampai habis kan sebab akan di ulang² Doa Dhuha tu sampai masuk waktu solat Dhuha. Kalau yang tak hafal doa Dhuha ni lagi, eloklah dengar sampai habis. Aku hafal doa Dhuha dan terjemahannya sekali ni pon bila hari² dengar kat IKIM fm. Ni pon salah satu cara nak menghafal surah² al-quran kan. Dah tua bangka ni baru nak hafal ko. Tak senunuh betul. Tak per, masih belum terlambat untuk perbaiki keadaan diri yang serba kekurangan nih.
Ok...jangan lupa download tau. Sesuai untuk android application. Untuk pengguna itunes, tak tau boleh ker tak. Cer try.
Note: Banyak komen sedang menanti untuk diluluskan. Nantikan terjahan dari YB comel jap lagi yer...haha...