Siapa tak takut lipas? Kebanyakan orang pompuan takut dan geli ngan lipas kan. Orang lelaki pon ada yang takut lipas tau. Kawan my dear hubby salah seorang daripadanya...hahaha...Dalam banyak² lipas kan *macambanyaksangatspesislipas. Aku paling takut dengan lipas terbang. Memang menyampah betullah kalau jumpa kan. Yang tak boleh terbang tu pon aku dah geli inikan yang boleh terbang.
Ko bayangkan lah. Tengah syiok masak kat dapur, boleh plak muncul lipas terbang ni. Langkah seribu lah jawabnya. Lagi haru, tengah berkumpul anak beranak kat ruang tamu, datang lagi lipas terbang berlegar². Apa lagi....lari lintang pukang si ibu ngan anak mencari tempat perlindungan. Takut di hinggap dek lipas terbang. Lagi kesian....ibu dia lari dulu tinggalkan anak²...kahkahkah...Sian anak² aku. Bila line dah clear, baru kluar balik dari tembat persembunyian. Memang kongajor tau lipas terbang ni.
Nak tau tak. Kalau nak bunuh lipas, jangan ketuk sampai terbarai isi perut lipas tu tau. Sebab dalam perut lipas ada cacing halus/ lembut yang akan hidup walaupon berada diluar tubuh lipas. Bila cacing ni dah hidup luar dari badan lipas (perut), dia akan bergerak mencari tempat baru. Kalau nak tengok lipas ni, letak isi perut lipas tu kat kertas hitam atau cermin. Nanti cacing dari perut lipas ni akan bergerak². Cacingnya pendek, halus dan lembut. Hanya dapat di lihat pada mata kasar bila jarak pandangan sekitar 10-20 cm.Sangat berbahaya apabila cacing ini sampai menyentuh kulit tubuh kita (terutama kaki) kerana dapat masuk melalui pori-pori kulit atau bila ada luka terbuka pada kulit luar.
Meremang kegelian bila membaca pasal lipas ni. Kalau nak tgk macam mana rupa cacing lipas ni, silalah buat experiment...hehehe...Bahaya kan lipas ni. Sila lah berhati².
Note: Tak sempat nak snap #3 bento Kimi hari ni. Bateri HP habis....cissssss.....