Gigih membuat nasi lemak pagi nih. Tapi nasi lemak tak cukup bahan lah sebab kacang tanah ngan ikan bilis goreng tak der. Nasi tu pon tak letak daun pandan. Cuma letak halia ngan santan jer. Janji bau gak nasi lemak..hehe..
Sambal tumis ni biasalah kalau masak kan. Habis berkecah dapur dek percikan sambal. Pastu nak kena tumis lama. Baru sedap dan masak betul cilinya. Jadinya...tak yah masak lah tengah hari ni sebab sambal tumis banyak lagi. Aci lah kan...hehehe...
Bila dah pekena nasi lemak nih. Mata pon mula lah minta bantal..haishhhh...tak boleh dilayan sangat. Kerja rumah pon banyak yg tengah menanti tu. Kerja rumah yang tak pernah habis.
Note: Jerebu balik pagi nih. Tapi dah beransur pulih sebab hujan. Alhamdulillah :-)
Lauk lunch untuk tengah hari ni. Dah lama sangat tak masak taucu ni. Tetiba plak anak tekak ni mengidam nak makan. Gigih cari bahan2 petang smalam. Ingatkan nak masak malam smalam. Tapi dah keletihan melampau. Sampai taucu tu pon aku gi letak kat tempat beku sama ngan ikan..haha...jadinya, ini lah ikan kerisi masak taucu didalam kuali. Menari2 ngan cili hijau tu. Bawang dan kuah kasi lebih sebab anak2 suka lauk2 yang berkuah ni. Lawannya plak dengan:
Sambal tempe, my feveret food. Nak kulit cantik silalah makan tempe bebanyak. Ok...itu jer nak citer. Esok pagi nak buat nasi lemak plak.
Note: Alhamdulillah...jerebu tak der pagi ni. Macam magic bila tgk langit biru. Padahal malam tadi jerebu teruk.
Kejap ada kejap tak der. Dah macam chipsmore. Nak kena refresh banyak kali plak dah. Ada masa muncul, ada masa tak muncul² gak. Apa masalah ko ni ha??? Lately ni asyik bermasalah jer kann.
Sesak nafas ku dengan bauan asap. Bukan asap jer, dengan debu dan juga dengan bauan yang datang dari tikus yang busuk nak mamps kat workstation aku nih. Nyah lah ko bau. Aku rasa macam nak MC sampai bau hilang, boleh gitew sebab dah mengganggu konsentrasi aku nak nak buat kerja dan nak makan...ppffttttt....Macam mana nak hilangkan bau ni erk? Dah sembur dengan cuka dan juga lemon. Tapi masih berbau. Apalah yg ko makan tikus sampai bau busuk macam ni...haihhhh...
Erk....nak citer pasal tikus ker pasal jerebu?...hahaha...sambung balik. Pedih mataku dek kerana jerebu. Hidung pon dah start berair. Coming soon mukin batuk datang menyinggah plak. Kena beli mask cepat sebab nanti naik harga...hahaha...Smalam my dear hubby dah bawak balik. Boleh plak tercicir mask tu.
Ni petang smalam nyer jerebu kat Cyberjaya. Kat bangi pon bley tahan teruk gak.Tak tau lah berapa bacaan IPUnya. Start dari rabu petang tu. Esoknya dah makin teruk sampailah pagi ni. Tapi nampak macam dah kurang sket. Kita tengok petang nanti. Jadinya keta ber aircond saja sebab udara tak sihat. Tak boleh nak bukak tingkap. Aku kan suka buka tingkap. Jadinya...minyak keta pon laju jer berjalan dengan jayanya.
IPU kat Klang pon dah capai tahap merbahaya. Sekolah pon dah diarahkan tutup. Kesian pada anak² yang ada asthma lah. Makanya...amalkan gaya hidup sihat. Minum air masak secukupnya. Kurangkan aktiviti luar. Jangan bakar sampah sesuka hati mak pak ko. Yang merokok tu, tolong jangan buang putung rokok merata² yer. Lagi bagus kalau berhenti terus merokok tu. Silalah jadi masyarakat yang prihatin. Sekian...harap maklum.
Note: Dugaan dan peringatan buat kita. Bermula dengan cuaca kering, peningkatan demam denggi, catuan air, jerebu dan juga misteri kehilangan MH370. Renung2 kan lah.
Hi! I am Fiza. A cute Mom with 4 active Kids. A part time Blogger and a career woman's who makes the blogging platform as a part time job.
For Advertising, Advertorial, Collaboration or Product Review, kindly contact me at:-
Email: afizahrahman@gmail.com