posted from Bloggeroid
Sesak nafas ku dengan bauan asap. Bukan asap jer, dengan debu dan juga dengan bauan yang datang dari tikus yang busuk nak mamps kat workstation aku nih. Nyah lah ko bau. Aku rasa macam nak MC sampai bau hilang, boleh gitew sebab dah mengganggu konsentrasi aku nak nak buat kerja dan nak makan...ppffttttt....Macam mana nak hilangkan bau ni erk? Dah sembur dengan cuka dan juga lemon. Tapi masih berbau. Apalah yg ko makan tikus sampai bau busuk macam ni...haihhhh...
Erk....nak citer pasal tikus ker pasal jerebu?...hahaha...sambung balik. Pedih mataku dek kerana jerebu. Hidung pon dah start berair. Coming soon mukin batuk datang menyinggah plak. Kena beli mask cepat sebab nanti naik harga...hahaha...Smalam my dear hubby dah bawak balik. Boleh plak tercicir mask tu.
Ni petang smalam nyer jerebu kat Cyberjaya. Kat bangi pon bley tahan teruk gak.Tak tau lah berapa bacaan IPUnya. Start dari rabu petang tu. Esoknya dah makin teruk sampailah pagi ni. Tapi nampak macam dah kurang sket. Kita tengok petang nanti. Jadinya keta ber aircond saja sebab udara tak sihat. Tak boleh nak bukak tingkap. Aku kan suka buka tingkap. Jadinya...minyak keta pon laju jer berjalan dengan jayanya.
IPU kat Klang pon dah capai tahap merbahaya. Sekolah pon dah diarahkan tutup. Kesian pada anak² yang ada asthma lah. Makanya...amalkan gaya hidup sihat. Minum air masak secukupnya. Kurangkan aktiviti luar. Jangan bakar sampah sesuka hati mak pak ko. Yang merokok tu, tolong jangan buang putung rokok merata² yer. Lagi bagus kalau berhenti terus merokok tu. Silalah jadi masyarakat yang prihatin. Sekian...harap maklum.
Note: Dugaan dan peringatan buat kita. Bermula dengan cuaca kering, peningkatan demam denggi, catuan air, jerebu dan juga misteri kehilangan MH370. Renung2 kan lah.
Masih berkisar tentang Sepetang Bersama Bloggers dan Yoe's 2014. Sambungannya plak. Kali ni dapat bergambar dengan duta Ephyra, siapa lagi kalau bukan MEMEY SUHAIZA. Bergambar dengan retis uols.
Amacam...flawless tak muka kami...muahahaha...Baru try trial pack dah nak kecoh...kahkahkah...Tapi serious, memang cantik kulit si Memey Suhaiza ni. Macam kulit aku gak cantiknya *bluekkk...ngeeee. Tinggi plak tu. Dalam tv nampak macam kecik jer. Aku ngan dia paras bahu jer. Bak kata [BUNDA]:
Motif??? Iols memang comel lote. Mekasih atas pujianmu Bunda. Kembang setaman perumahan bila orang puji kita somel tau. Ok...dah bersedia nak tengok gambar yang seterusnya?
Woot..woot...Dengan Blogger mummy yang famous amos, REDMUMMY yang comel lote macam saya jugak...erkkk...wakakaka...Dapat gak bersua muka. Selalu baca blog dia jer. Ingatkan sama² petite. Rupanya aku lagi petite...haha..Itu jer lah nak citer. Next entry kita citer pasal tips² dari blogger² fofular hasil perkongsian masa [Sepetang Bersama Bloggers dan Yeo's 2014] hari tu yerp.
Note: Makin menjadi² jerebu nih...haishhhh...